Tuesday, March 27, 2018

MANZHUMAH FI MA YAHILL WA YAHRAM MIN AL-HAYAWAN


Kitab Manzhumah Fi ma Yahill wa Yahram min al-Hayawan (منظومة فيما يحل ويحرم من الحيوان), merupakan sebuah karya fiqh berdasarkan mazhab Syafi’i yang membincangkan secara khusus mengenai hukum halal dan haram berkaitan dengan haiwan. Kitab yang disusun dalam bentuk nazam yang melebihi 400 bait ini adalah karya al-Imam Syihabuddin Ahmad bin ‘Imad al-Aqfahsi al-Syafi’i (750-808H), yang terkenal dengan gelaran Ibn al-‘Imad.

Kitab ini disusun oleh Imam Ibn al-‘Imad  dalam bentuk nazam bagi sebuah karya beliau yang lain yang berjudul Mukhtashar al-Tibyan Fi Ma Yahill wa Yahram min al-Hayawan (). Manakala kitab Mukhtashar al-Tibyan Fima Yahill wa Yahram min al-Hayawan pula merupakan ringkasan bagi karya beliau yang lain, yang berjudul Ahkam al-Hayawan (الـحـيـوان أحـكـام).

Kitab Manzhumah Fima Yahill wa Yahram min Hayawan ini kemudiannya telah diberikan huraian (syarah) oleh Syaikh Ahmad bin Muhammad al-Thablawi (1080H) dengan karyanya yang berjudul Fath al-Rahim al-Mannan bi Syarh Nazhm al-Tibyan fi ma Yahill wa Yahram min Hayawan ().

Kitab Manzhumah Fi ma Yahill wa Yahram min al-Hayawan ini  boleh dimuat turun di pautan  http://archive.org/download/waq78836/085_78836-04.pdf.  

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment