Sunday, February 11, 2018

KASYF AL-MUGHATHTHA FI TABYIN AL-SHALAH AL-WUSTHA


Kitab  Kasyf al-Mughaththa fi Tabyin al-Shalah al-Wustha (كشف المغطى في تبيين الصلاة الوسطى) merupakan sebuah kitab yang disusun oleh al-Imam al-Hafizh Syarafuddin Abdul Mukmin bin Khalaf bin Abu al-Hasan bin Syaraf bin al-Khidhr bin Musa al-Dimyathi al-Syafi’i (613-705H). Beliau merupakan seorang ahli hadis yang terkenal pada zamannya. Di antara guru beliau ialah al-Hafizh ‘Abdul ‘Aziz al-Munziri (). Manakala antara murid-murid beliau ialah al-Hafizh al-Mizzi, al-Hafizh al-Zahabi, al-Imam Taqiyuddin al-Subki dan Imam Ibn Sayyidil Nas.

Dalam kitab ini, Imam ‘Abdul Mukmin al-Dimyathi telah menghimpunkan hadis-hadis Rasulullah saw yang menguatkan pandangan yang menyatakan maksud solat al-Wustha (الوسطى) dalam ayat 238, surah al-Baqarah  adalah solat ‘Ashr (العصر).

Kitab ini telah menjadi rujukan para ulama  terkemudian dan isi kandungannya telah dinukilkan dalam kitab-kitab mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai kitab ini, sila baca kitab ini di pautan

Semoga bermanfaat. 

No comments:

Post a Comment