Tuesday, February 28, 2017

Rasa-il al-Imam al-Hafizh Jalaluddin al-Suyuthi fi Najat Waliday al-Nabiy saw


Kitab Rasa-il al-Imam al-Hafizh Jalaluddin al-Suyuthi fi Najat Waliday al-Nabiy saw (رسائل الإمام الحافظ جلال الدين السيوطي في نجاة والدي النبي) adalah sebuah buku yang diterbitkan oleh دار الكتب العلمية pada tahun 2010. Buku setebal 192 halaman ini menghimpunkan 6 buah risalah karya al-Imam al-Hafizh Jalaluddin Abdul Rahman al-Suyuthi (911H) yang membicarakan mengenai ketetapan bahawa ibu bapa Nabi Muhammad saw, iaitu Abdullah dan Aminah adalah orang yang beriman dan dimasukkan ke syurga pada hari akhirat kelak.

Berikut adalah judul-judul risalah (kitab) karya al-Suyuthi yang terdapat dalam koleksi buku ini;

1)        Masalik al-Hunafa fi Najat Waliday al-Musthafa[1] (مسالك الحنفا في والدي المصطفى).

2)        al-Ta'dzim wa al-Minnah bi Anna Waliday al-Mushthafa fi al-Jannah[2] (التعظيم و المنة في أن أبوي النبي في الجنة)

3)        al-Duraj al-Munifah fi al-Aba' al-Syarifah[3] (الدرج المنيفة فى الاباء الشريفة)

4)        Nasyr al-‘Alamain al-Munifain fi Ihya al-Abawain as-Syarifain[4] (نشر العلمين المنيفين في إحياء الأبوين الشريفين).

5)        al-Maqamah al-Sundusiyyah fi al-Nisbah al-Musthafawiyyah[5] (المقامة السندسية في الآباء الشريفة المصطفوية

6)        al-Subul al-Jaliyyah fi al-Aba' al-'Aliyyah[6]  (السبل الجلية فى الاباء العلية)


Buku terbitan دار الكتب العلمية  ini belum saya temui dalam bentuk e-book. Namun begitu risalah-risalah karya al-Suyuthi ini boleh juga dimuat turun di pautan berikut;


Terjemahan buku ini.

Saya belum menemui terjemahan buku ini. Saya juga tidak pasti adakah semua atau sebahagian dari risalah-risalah karya al-Hafizh al-Sayuthi ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau Indonesia.  

Untuk perkongsian dengan pembaca, saya temui sebuah buku yang banyak memetik dan menterjemahkan sebahagian dari isi kandungan risalah-risalah ini.  Buku ini berjudul  “IBU BAPA RASULULLAH AHLI SYURGA – MEMMBANTAH TERHADAP GOLONGAN YANG MENGKAFIRKAN IBU BAPA RASULULLAH ”. Buku ini disusun oleh seorang penulis dari Indonesia H. Kholilurrohman Abu Fateh. Edisi yang saya miliki diterbitkan pada tahun 2016, oleh Darul Fitri Resources, Kota Bharu, Kelantan. Buku setebal 360 halaman ini mudah difahami, mungkin kerana bahasa yang digunakan adalah bahasa Indonesia yang standard. Hanya ada sedikit perbezaan istilah dan dari segi ejaan perkataan sahaja. Buku ini saya beli di kedai buku Syarikat Muda Osman (SMO) di Machang Kelantan. Untuk mengetahui isi kandungan risalah-risalah  karya al-Suyuthi tersebut, bolehlah pembaca membaca buku ini.

Selain karya al-Suyuthi di atas, para ulama lain juga ada yang menyusun beberapa buah kitab yang menerangkan keimanan dan kemuliaan ibu bapa Nabi saw. Antaranya;

1.                   Sadad al-Din wa Sidad al-Dain fi Itsbat al-Najat a al-Darajat Li al-Walidain[7] (سداد الدين وسداد الدين في إثبات النجاة والدرجات للوالدين), karya al-‘Allamah al-Sayyid Muhammad bin Rasul al-Barzanji (1040-1103H). 

2.                   Risalah fi Itsbat al-Iman Li Walidain Sayyid al-Akwan[8] (رسالة فى إثبات الإيمان لوالدى سيد الأكوان), karya Syaikh ‘Ali al-Daghistani.

3.                   al-Hujaj al-Wadhihat fi Najat al-Abuwain wa al-Ajdad wa al-Ummahat[9] (الحججُ الواضحات في نجاة الأبوين والأجداد والأمهات), karya al-‘Allamah al-Sayyid Ishaq ‘Azuz al-Hasani (1415H).

4.                   Minhaj al-Wafa fi Najat Waliday al-Musthafa saw (منهاج الوفا في نجاة   والدي المصطفى صلى الله عليه وسلم), karya Mahmud Ahmad al-Zayn.

Semoga bermanfaat.




[1] Berdasarkan edisi yng diterbitkan oleh Dar al-Amin, risalah ini setebal 92 halaman. Muat turun risalah ini di pautan  https://ia801201.us.archive.org/8/items/Attadeem.walmnnah/Masalk.alhonafa.pdf

[2] Berdasarkan edisi yang diterbitkan oleh Dar Jawami’ al-Kalim, risalah ini setebal 78 halaman, termasuk halaman kata pengantar dan halaman isi kandungan. Kitab ini boleh diuat turun di pautan http://www.mediafire.com/file/c4o32pa71d9wfnc/ta3dim+wa+al+mina.pdf.

[3] Risalah ini adalah karya ketiga al-Hafizh al-Suyuthi – sebagaimana beliau ungkapkan sendiri di awal risalahnya – dalam membela kedua-dua ibu bapa Rasulullag saw dari tuduhan-tuduhan buruk. Menurut al-Suyuthi, risalah ini adalah yang paling ringkas dalam membahas tema yang dimaksudkan, dibanding beberapa risalah beliau yang lain. Berdasarkan cetakan pertama Mathba’ah Majlis Da-irah al-Ma’arif al-Nizhamiyah, Hydar Abad, India pada tahun 1316H, ketebalan risalah ini sebanyak 18 halaman. Muat turun risalah ini di pautan http://archive.org/download/soioti/02.pdf.

[4]Berdasarkan cetakan pertama oleh Mathba’ah Majlis Da-irah al-Ma’arif al-Nizhamiyah, Hydar Abad, India pada tahun 1316H, tebal risalah ini merangkumi 18 halaman. Muat turun kitab ini di pautan https://archive.org/stream/Attadeem.walmnnah/Nshr.alalamyn#page/n0/mode/2up

[5]  Berdasarkan cetakan pertama oleh Mathba’ah Majlis Da-irah al-Ma’arif al-Nizhamiyah, Hydar Abad, India pada tahun 1316H, tebal risalah ini merangkumi 20 halaman. Muat turun kitab ini di pautan https://ia801201.us.archive.org/8/items/Attadeem.walmnnah/Almagamh.assondisyh.pdf
[6] Risalah ini adalah karya keenam al-Hafizh al-Suyuthi – sebagaimana beliau ungkapkan sendiri di awal risalahnya – dalam membela kedua-dua ibu bapa Rasulullah saw dari tuduhan-tuduhan buruk. Boleh dimuat turun di pautan http://ia600208.us.archive.org/14/items/sobol_jaliya/sobol_jaliya00.pdf

No comments:

Post a Comment