Thursday, September 1, 2016

Karya Fiqh Mazhab Syafi'i Abad ke 13 Hijrah (1200 - 1299H)


01.  Abdullah bin Sulaiman bin Abdullah al-Jurhazi  (1128-1201H)
a)     Hasyiah ‘ala al-Manhaj al-Qawim bi Syarh Masail al-Ta’lim[1] 
b)     Hasyiah ‘ala Bidayah al-Hidayah[2]  
c)      al-Fatawa  
d)     Syarh al-Zubad.

02. al-Jamal, Sulaiman bin Umar bin Manshur  al-Ujaili (1204H)
b)       Taqrirat ‘ala Fath al-Jawwab bi Syarh Manzumah Ibn al-‘Imad[4] 

03.  Sulaiman bin Muhammad bin ‘Umar al-Bujairimi al-Azhari (1131-1221H)
a)        Tuhfah al-Habib 'Ala Syarh al-Khathib[5] 
b)       Hasyiah al-Bujairimi ‘ala Syarh al-Manhaj[6] 

04. Abdullah bin Hijazi bin Ibrahim al-Syarqawi (1150-1227H)
a)        Hasyiah Tahzib al-Thullab
c)        Fath al-Qadir al-Khabir bi Syarh Taysir al-Tahrir fi al-Fiqh al-Syafi’i[8]

05.  Ahmad al-Mihiy al-Syibiniy al-Nu’maniy ()[9]    
a)     Hasyiah ‘Ala Syarh al-Sittin Mas-alah[10]

06.  al-Sayyid Mushthafa bin Hanafi al-Zahabi al-Mishri al-Syafi’i ()[11]
a)       Taqrir ‘ala Hasyiah al-Syarqawi ‘ala Tuhfah al-Thullab bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab.
b)        al-Rasa-il al-Zahabiyyah fi al-Masa-il al-Daqiqah al-Manhajiyyah[12]

07. Abdul Shamad al-Jawi al-Falimbani (1116 H/1704 M - 1203 H/1789 M )

08.Muhammad Arsyad al-Banjari (1122-1227H/1710-1812M)
a)     Sabil al-Muhtadin

09. Musthafa bin Muhammad bin Yusuf bin Abdul Rahman al-Shafawi al-Qal-‘awi (1158-1230H/1745-1815M)
a)     Hasyiah ‘Ala Syarh Abi Syuja’ li Ibn Qasim al-Ghazzi

10.   al-‘Alim al-‘Allamah al-Syaikh Muhammad Shalih bin Syaikh Ibrahim al-Rayyis  (1187 H/1773M -1240 H/1824 M)
a)     Syarh Manzhumah al-‘Azizi (منظومة العزيزي شرح)[14].

11.    Yusuf bin Muhammad bin Yahya bin Abu Bakr bin Ali al-Baththah al-Ahdal al-Husaini al-Zabidi (1246H)         
a)     Irsyad al-Anam ila Syarh Faidh al-Malik al-‘Allam[15]

12.  Syaikh Muhammad bin Abdul Karim al-Turmanini (1198-1250H/1784-1834M)
a)     Hasyiah ‘ala Manhaj al-Thullab (حاشية على منهج الطلاب)

13.   Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathani (1265H)           
b)     al-Shaid wa al-Zaba-ih
c)      Bulugh al-Maram pada bicara muqaranah takbiratul ihram
d)     Ghayah al-Maram (Manasik al-Haj wa al-‘Umrah)
e)     Ta’liq al-Lathif mimma Yata’alaq bi Jawaz Ta’azzur al-Jumu’ah.
i)       Munyah al-Mushalli
k)     Furu’ al-Masa-il
l)       al-Bahjah al-Mardiyah[17]

14.  Abdullah bin Ahmad Ba Sudan al-Hadhrami (1178-1266H)
a)     Syarh al-Risalah al-Jami’ah wa al-Tazkirah al-Nafi’ah[18]

15.   Sa’id bin Muhammad Ba ‘Ali Ba’isyn al-Daw’ani al-Hadhrami (1270H)
a)     al-Mawahib al-Sunniyyah bi Syarh al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah[19]  
b)     Busyra al-Karim bi Syarh Masa-il al-[20]

16.  ‘Umar bin al-Habib Hamid bin ‘Umar Ba ‘Alawi al-Husaini al-Tarimi al-Hadhrami (1252-1274H)
a)     Fath al-‘Aliy bi Jam’i al-Khilaf Bayna  Ibn Hajar wa Ibn al-Ramli

17.   Ibrahim bin muhammad bin Ahmad al-Bajuri (1198-1277H/1784-1860M)
a)     Hasyiah al-Bayjuri ‘ala Syarh Ibn Qasim

18.  Syeikh Abdul Hamid al-Syarwani (1289H/ 1872M)     
a)     Hasyiah ‘ala Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj      

19.  al-‘Allamah Syaikh Syihabuddin Ahmad bin Abdul Karim bin ‘Isa bin Ni’matullah  al-Turmanini al-Halabi  (1208-1293H).
a)     Syarh Manzumah Ibn ‘Imad[21]

20. al-Sayyid Muhammad bin Ahmad bin Abdul Bariy al-Ahdal[22]  (1294H)
a)     Nasyr al-A’lam Syarh al-Bayan wa al-I’lam bi Muhimmat Ahkam Arkan al-Islam[23]
b)     Ifaadah al-Saadah al-‘Umad bi Taqrir Ma’ani Nazam al-Zubad



[1] Iaitu hasyiah bagi kitab Manhaj al-Qawim karya Ibn Hajar al-Haytami (). Kitab Manhaj al-Qawim disusun oleh Ibn Hajar sebagai huraian bagi kitab Masail al-Ta’lim (al-Muqaadimah al-Hadhramiyyah) karya al-‘Allamah Jamaluddin Abdullah bin Abdul Rahman Bafadhal al-Sa’di al-Hadhrami (850-918H).

[2] Iaitu komentar terhadap kitab Bidayah al-Hidayah karya Imam al-Ghazali (505H). Walaupun kitab ini terkenal sebagai kitab tasawuf, namun isi kandungan juga padat dengan perbincangan fiqh mengenai ibadat mengikut aliran mazhab al-Syafi’i.

[3] Hasyiah bagi Syarh Manhaj al-Thullab (judul asalnya Fath al-Wahhab), iaitu karya Zakariya al-Anshari (926H) bagi kitabnya Manhaj al-Thullab. Kitab ini terkenal dengan judul Hasyiah al-Jamal ‘ala Syarh al-Manhaj.

[4] Iaitu beberapa catatan ringkas terhadap sebahagian isi kandungan kitab Fath al-Jawwab bi Syarh Manzumah Ibn al-‘Imad  karya Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah bin Ahmad al-Anshari al-Ramli (957H). Manakala kitab Fath al-Jawwab adalah  huraian (syarah) bagi kitab Manzumah Ibn al-‘Imad fi al-Ma’fuwat karya Ibn al-‘Imad al-Aqfahsi (808H). 

[5] Iaitu sebuah hasyiah (komentar) terhadap kitab al-Iqna’ fi Hal Alfazh Abi Syuja' karya al-‘Allamah Muhammad al-Khathib al-Syarbini (977H). Kitab ini terkenal di kalangan ulama mazhab Syafi’I sebagai  al-Bujairimi ‘ala al-Khathib.

[6] Hasyiah bagi kitab Fath al-Wahhab bi Syarh Manhaj al-Thullab,  iaitu karya Syaikul Islam Zakariya al-Anshari (926H) bagi kitabnya Manhaj al-Thullab. Manhaj al-Thullab.  Judul asal kitab ini adalah al-Tajrid Li Naf‘ al-‘Abid, namun ia lebih dikenali dengan Hasyiah al-Bujairimi ‘ala Syarh al-Manhaj.

[7] Kitab yang terkenal dengan judul Hasyiah al-Syarqawi ‘Ala Syarh al-Tahrir ini merupakan sebuah hasyiah (komentar) karya  al-Syarqawi terhadap kitab Tuhfah al-Thullab bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab, karya Syaikhul Islam Zakariyya al-Anshari (926H).

[8]  Huraian bagi kitab Taysir al-Tahrir fi al-Fiqh al-Syafi’i (al-Taisir fi Nadzam al-Tahrir fi al-Fiqh al-Syafi'i), karya Syarafuddin Yahya bin Nuruddin bin Musa Bin Ramadhan bin ‘Umairah al-‘Imrithi (988H), iaitu sebuah kitab fiqh yang disusun dalam bentuk nazam bagi kitab al-Tahrir fi al-Fiqh al-Syafi’i karya Syaikul Islam Zakariyya al-Anshari (926H). Kitab Fath al-Qadir al-Khabir bi Syarh Taysir al-Tahrir ini boleh didownload di pautan

[9] Saya belum mendapat maklumat mengenai tahun kewafaant beliau. Memandangkan beliau merupakan salah seorang murid kepada Syaikh Abdullah bin Hijazi bin Ibrahim al-Syarqawi (1150-1227H), maka keberadaan nama beliau di sini adalah sesuai. Wallahu a’lam.

[10]Iaitu sebuah hasyiah (komentar) bagi kitab Syarh al-Sittin Mas-alah, yang disusun oleh al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas  Ahmad bin Hamzah bin Ahmad al-Anshari al-Ramli (957H). Manakala kitab Syarh al-Sittin Mas-alah pula adalah sebuah kitab yang menghuraikan matan  al-Sittin Mas-alah http://abusyahmin.blogspot.my/2012/12/kitab-al-sittin-mas-alah.html   karya al-Imam al-‘Alim Abu al-‘Abbas Ahmad al-Zahid (819H).

[11] Saya tidak menemui maklumat mengenai beliau, khususnya mengenai zaman kehidupan (tahun kelahiran dan kewafatan) beliau. Melihat kepada karya beliau  Taqrir ‘ala Hasyiah al-Syarqawi ‘ala Tuhfah al-Thullab bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab, yang menghuraikan sebahagian  isi kandungan Hasyiah al-Syarqawi, ini menunjukkan beliau telah hidup semasa atau selepas al-Syarqawi (1227H). Kemungkinan zamannya lebih mutakhir dari abad ini.

[12] Iaitu beberapa huraian terhadap sebahagian isi kandungan kitab  Manhaj al-Thullab karya Syaikh al-Islam Zakariyya al-Anshari (826-926H).

[13] Walaupun kitab Siyar al-Salikin dan Hidayah al-Salikin merupakan dua buah kitab dalam bidang tasawuf, namun kandungannya juga memuatkan bidang fiqh ibadah. Kitab Siyar al-Salikin merupakan sebuah kitab terjemahan dan huraian bagi kitab Lubab Ihya ‘Ulumiddin, iaitu ringkasan bagi kitab Ihya ‘Ulumiddin , karya Imam al-Ghazali (505H). Manakala kitab Hidayah al-Salikin pula merupakan terjemahan dan huraian kepada kitab Bidayah al-Hidayah, yang juga karya al-Imam al-Ghazali.

[14] Kitab ini merupakan huraian bagi matan Manzhumah al-‘Azizi fi Masa-il al-Jama’ah (في مسائل الجماعة منظومة العزيزي), iaitu sebuah kitab yang membicarakan mengenai beberapa persoalan solat berjamaah – yang  disusun dalam bentuk nazam oleh al-‘Allamah al-Syaikh ‘Ali bin Ahmad al-‘Azizi al-Bulaqi al-Syafi’i (1070H/1660M)

[15] Iaitu huraian bagi kitab Faidh al-Malik al-‘Allam, karya gurunya al-‘Allamah Muhammad Shalih Rayyis (1187 -1240 H).

[16] Kitab Sullam al-Mubtadi telah disyarah oleh  Muhammad Nur al-Fathani (1290-1363 H /1873-1944 M) melalui karyanya Kifayah al-Muhtadi Syarh Sullam al-Mubtadi.

[17] Kitab ini menerangkan bebrapa  keuzuran yang dibenarkan makmum menyalahi imam dalam tiga rukun yang panjang. Kandungan kitab ini merupakan terjemahan Syeikh Daud al-Fathani bagi beberapa masalah berkaitan dari kitab Syarah Manzumah Syeikh al-‘Azizi fi Masail al-Jama’ah, iaitu karya gurunya Syaikh Muhammad Shalih bin Syaikh Ibrahim al-Rayyis  (1187 -1240 H).

[18] Huraian bagi kitab al-Risalah al-Jami'ah wa al-Tazkirah al-Nafi'ah karya  Ahmad bin Zayn bin ‘Alawin bin Ahmad al-Habsyi al-‘Alawi al-Hadhrami (1069-1145H /1658-1733M)

[19] Iaitu huraian bagi kitab Masa-il al-Ta’lim, yang juga dikenali sebagai al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah, sebuah karya al-‘Allamah Jamaluddin Abdullah bin Abdul Rahman Bafadhal al-Sa’di al-Hadhrami (850-918H).

[20] Kitab ini adalah ringkasan bagi kitab al-Mawahib al-Sunniyyah karya beliau yang disebutkan di atas. Kitab ini lebih terkenal sebagai syarah kitab Masa-il al-Ta’lim berbanding kitab al-Mahawahib al-Sunniyah.

[21] Huraian bagi kitab Iaitu syarah bagi kitab Manzumah ibn al-‘Imad fi al-Mafuwat.  karya Ibn al-‘Imad al-Aqfahsi (808H).

[22] Beliau adalah mufti Yaman pada zamannya.

[23] Huraian bagi kitab al-Bayan wa al-I’lam bi Muhimmat Ahkam Arkan al-Islam,  karya  Sayyid Abu Bakr bin Abu al-Qasim bin Ahmad bin Muhammad al-Ahdal al-Husaini al-Yamani (984-1035H).

No comments:

Post a Comment