Sunday, July 24, 2016

AL-IRSYAD (الإرشاد)


Kitab al-Irsyad (الإرشاد) atau judul penuhnya Irsyad al-Ghawi ila Masalik al-Hawi (إرشاد الغاوي إلى مسالك الحاوي) adalah sebuah karya ringkasan fiqh mazhab Syafi’i yang terkenal. Ia disusun oleh al-Imam Ibn al-Muqri, Ismail bin Abu Bakr bin Abdullah al-Muqri al-Zabidi al-Yamani (755-837H) sebagai ringkasan bagi kitab al-Hawi al-Shaghir (الحاوي الصغير).

Kitab al-Irsyad telah mendapat perhatian para ulama. Di mana beberapa karya telah disusun sebagai huraian kitab al-Irsyad ini. Di antara ulama yang menyusun kitab sebagai huraian bagi kitab al-Irsyad;

     01.  Ibn al-Muqri sendiri dalam kitabnya al-Ikhlash al-Nawiy fi Syarh al-Irsyad al-Ghawi[1] (إخلاص الناوي شرح إرشاد الغاوي إلى مسالك الحاوي).

     02. Syamsuddin Muhammad bin Abdul Mun’im bin Muhammad al-Jawjari al-Mishri (821-889H) dengan kitabnya Syarh al-Irsyad.

03. Ibn Abi Syarif, Abu al-Ma’ali Kamaluddin Muhammad bin Muhammad bin Abu Bakr al-Mury al-Maqdisi (822-906H) melalui karyanya al-Is-‘ad Syarh al-Irsyad.  

    04. Kamaluddin Musa bin Zayn al-‘Abidin bin Ahmad al-Bakri al-Shiddiqi al-Zabidi al-Yamani (Ibn al-Zayn al-Raddad  al-Yamani) (842-923H) melalui karyanya al-Kawkab al-Waqad Syarh al-Irsyad (الكوكب الوقاد شرح الإرشاد)

     05. al-Syahid Ahmad bin Abdullah bin Abdul Rahman BaFadhal Balhaj  (877-929H) melalui karyanya Nukat ‘ala matn al-Irsyad.  
    
     06. Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar al-Makki al-Haytami (973H) melalui karyanya al-Imdad fi Syarh al-Irsyad.

Berdasarkan edisi cetakan pertama (1433H) yang diterbitkan oleh Dar al-Minhaj, Jeddah, kitab al-Irsyad ini dicetakan dalam satu jilid dengan ketebalan 400 halaman.

Rujukan;


Semoga bermanfaat.


[1] Kitab ini telah diberikan hasyiah oleh Ibn Hajar al-Haytami (909-974H) dengan kitabnya Fath al-Jawad 'ala  Syarh al-Irsyad (فتح الجواد على شرح الإرشاد).

No comments:

Post a Comment