Tuesday, April 30, 2013

al-Hawi al-Kabir


Kitab al-Hawi al-Kabir fi Fiqh Mazhab al-Imam al-Syafi’i  - الحاوي الكبير في فقه مذهب الإمام الشافعي - merupakan sebuah kitab fiqh yang disusun oleh Imam Abu al-Hasan ‘Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi  al-Bashri (450H). Ia disusun sebagai huraian (syarah) kepada kitab Mukhtashar al-Muzani sebuah kitab fiqh rujukan utama mazhab Syafi’i karya Imam Abu Ibrahim, Ismail bin Yahya bin Isma’il al-Mishri al-Muzani (246H).

Kitab ini disusun dengan dilengkapi pemaparan pendapat Imam al-Syafi’i dan pendapat ulama mazhab dengan dalil-dalilnya. Selain itu, pengarang (al-Mawardi) juga melakukan perbandingan antara pendapat tersebut dengan pendapat mazhab fiqh yang lain seperti mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Hanbali dan mazhab Zahiri. Beliau telah membuat pentarjihan terhadap masalah yang dibincangkan dengan mentarjihkan (memilih) pendapat mazhab Syafi’i diakhir setiap perbahasan. Menurut Dr. Akram Yusuf al-Qawasimi bentuk pentarjihan yang dilakukan oleh al-Mawardi ini menunjukkan pembelaannya terhadap mazhab Syafi’i kerana dipengaruhi oleh fanatisme mazhab pada zamannya.

Kitab al-Hawi al-Kabir ini telah diterbitkan secara lengkap buat pertama kalinya oleh Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah di Beirut pada tahun 1414H/1994M yang ketebalannya mencapai 18 jilid, yang ditahqiq oleh ‘Ali Muhammad Mu’awwad dan ‘Adil Ahmad Abdul Mawjud. (al-Qawasimi, 2012: 503).

Sumber:

Artikel di atas dipetik dengan sedikit olahankembali dari Kitab al-Madkhal ila Mazhab al-Imam al-Syafi’i  karya Dr Akram Yusuf ‘Umar al-Qawasimi, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia dengan judul Ensiklopedia Imam al-Syafi’i Jilid 1 (Pengantar Mazhab Imam al-Syafie) dan diterbitkan oleh AL-HIDAYAH PUBLICATION, cet., 2012 .

Kitab al-Hawi al-Kabir boleh didownload di pautan berikut;     
 

Monday, April 29, 2013

Sejarah Tamadun Islam


Karya ulama yang ingin dipaparkan ini adalah sebuah karya terjemahan dari kitab asal Arabnya yang berjudul al-Bidayah wa al-Hidayah karya al-Imam al-Hafiz ‘Imaduddin Ibn Katsir.

Terjemahan kitab ini dengan judul Sejarah Tamadun Islam telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan cetakan pertamanya pada tahun 2005. Ia telah dicetakkan dalam 14 jilid. Kita ikuti beberapa catatan mengenai buku ini yang saya nukilkan dari http://taman-buku.blogspot.com/2011_01_01_archive.html, tanpa sebarang perubahan teksnya.

Buku Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir merupakan buku karya agung klasik terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2005. Ibn Kathir merupakan seorang tokoh ilmuwan yang banyak meriwayatkan hadis. Beliau juga seorangahli matematik, tafsir dan sejarawan terkenal pada zamannya. Buku Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir ini merupakan terjemahan daripada buku Al-Bidayah wa al-Nihayah karangan Ibn Kathir. Penerbitan edisi buku ini dipetik daripada sebuah manuskrip yang diperoleh daripada Madrasah al-Ahmadiah yang terletak di Kota Halb, dalam Republik Arab Syria. Manuskrip ini dikumpulkan oleh Jumhur Muhaqqiqin (kumpulan penyemak) dan mereka telah menjalankan penyelidikan dengan merujuk kitab induk sejarah, dan kitab Sirah zaman dahulu.

Buku ini mempunyai 14 jilid dan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu bahagian pertama menyentuh sejarah permulaan pemerintahan umat yang lalu hingga zaman Arab Jahiliyyah, sejarah hidup Rasulullah s.a.w., perutusan wahyu, dan kemunculan Islam hingga peristiwa Hijrah Nabi s.a.w. dari Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Bahagian ini bersumberkan al-Quran, Hadis dan karya para sejarawan Islam yang terkemuka seperti Imam al-Tabary, Ibn 'Umar, al-Waqidiy dan lain-lain lagi.                     

Bahagian kedua kitab ini mencatatkan sejarah pemerintahan Khulafa al-Rashidin, Kerajaan Umawiyyah, Kerajaan Abasiyyah dan kerajaan serta negara-negara yang merupakan pecahan daripada kerajaan Abasiyyah pada era keruntuhannya, sehingga ke saat ia ditakluki oleh Moghul yang berlanjutan ke tahun 774 Hijrah.

Bahagian terakhir kitab ini pula mengutarakan persoalan mengenai hari akhirat, kebangkitan kiamat melalui tanda-tanda awal dan akhir, serta kata-kata nasihat yang mengajak pembaca bertakwa kepada Allah s.w.t.. Semua persoalan tadi hanya terkandung dalam jilid buku yang terakhir sahaja, iaitu jilid ke-14.

RAWDHAH AL-THALIBIN (روضة الطالبين)


Kitab Rawdhah al-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin (روضة الطالبين وعمدة المفتين) merupakan sebuah kitab fiqh yang masyhur dan menjadi rujukan utama para penuntut ilmu dan ulama mazhab al-Syafi’i. Kitab yang terkenal dengan nama singkatannya sebagai Kitab Rawdhah al-Thalibin (روضة الطالبين) atau  Kitab al-Rawdhah () ini adalah salah sebuah hasil karya al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (631-676H).

Kitab al-Rawdhah ini merupakan sebuah ringkasan (mukhtashar) yang dilakukan oleh Imam al-Nawawi terhadap Kitab al-‘Aziz Syarh al-Wajiz (al-Syarh al-Kabir) karya Imam Abu al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad al-Rafi’i (557-623H). Judul kitab ini (Rawdhah al-Thalibin) digabungkan dengan ‘Umdah al-Muftin, kerana ia memaparkan persoalan-persoalan fiqh secara terperinci, berbeza dengan Kitab Minhaj Thalibin karya al-Nawawi yang lain yang dianggap sebagai karya fiqh yang ringkas. Ukuran kedua-dua kitab ini tidak dapat dibandingkan, kerana al-Rawdhah lebih besar berbanding al-Minhaj hingga sepuluh kali ganda[1].

Di dalam mukaddimah kitabnya, al-Nawawi menjelaskan tujuan beliau menulis kitab al-Rawdhah  al-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin. Beliau berkata;

Allah swt memberikan inspirasi kepadaku untuk meringkaskan kitab al-‘Aziz karya al-Rafi’i ke dalam beberapa jilid. Saya pun memulai projek ini dengan tujuan memudahkan jalan pemanfaatannya bagi orang yang mempunyai keinginan dan semangat. Dalam projek ini, saya menerapkan metod pertengahan antara sangat ringkas dan sangat panjang lebar. Bagaimanapun, ia merupakan salah satu tuntunan. Saya menghapuskan sebahagian dalilnya, menghuraikan maksud yang samar, menambahkan padanya dalam banyak perbahasan beberapa keterangan permasalahan dan menyebutkan beberapa tema perbahasan yang padanya terdapat beberapa perbezaan pandangan terhadap al-Rafi’i. Saya berharap, jika kitab ini dapat diselesaikan dengan sempurna bahawa orang yang mentelaahkannya akan benar-benar mengetahui mazhab Syafi’i, memperolehi kepercayaan yang sempurna terhadapnya dan menguasai seluruh apa yang dia perlukan dari berbagai permasalahan[2]. Jika apa yang saya tambahkan dalam kitab ini tidak dinisbahkan kepada orang yang mengatakannya, maka itu saya maksudkan untuk meringkaskannya, dan itu saya telah jelaskan di dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab dan saya mengemukakannya di dalam kitab itu dengan adanya beberapa tambahan” (al-Nawawi,tt: 47).

Ulama fiqh mazhab al-Syafi’i sangat mengambil berat kitab al-Rawdhah dan mereka menuliskan banyak kitab hasyiah terhadapnya. Sebahagian meringkaskannya dan sebahagiannya lagi menghuraikannya. Banyaknya syarah dan karya yang dilakukan terhadap kitab ini menunjukkan ia diterima secara luas oleh ulama fiqh mazhab al-Syafi’i setelah era al-Nawawi. Kitab al-Rawdhah ini sudah dicetak berulang kali. Salah satu cetakannya yang terbaik adalah cetakan Dar al-Fikr, edaran al-Maktabah al-Tijariyyah di Mekah dan bersamanya disertakan beberapa hasyiah karya Sirajuddin ‘Umar bin Ruslan al-Bulqini (805H), dan karya dua orang anaknya; Abdul Rahman bin ‘Umar (824H) dan Soleh bin ‘Umar (868H). Kitab ini terdiri daripada dua belas jilid.

Artikel di atas dipetik dengan sedikit olahankembali dari Kitab al-Madkhal ila Mazhab al-Imam al-Syafi’i  karya Dr Akram Yusuf ‘Umar al-Qawasimi, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia dengan judul Ensiklopedia Imam al-Syafi’i Jilid 1 (Pengantar Mazhab Imam al-Syafie) dan diterbitkan oleh AL-HIDAYAH PUBLICATION, cet. 1 2012.

Download kitab Rawdhah al-Thalibin di pautan روضة الطالبين وعمدة المفتين.

Semoga bermanfaat,




[1] Kitab Minhaj al-Thalibin dan kitab Rawdhah al-Thalibin pada dasarnya berasal daripada satu sumber. Kitab Minhaj al-Thalibin merupakan ringkasan kitab al-Muharrar, sementara kitab Rawdhah al-Thalibin merupakan ringkasan kitab al-‘Aziz (al-Syarh al-Kabir). Kedua-duanya, iaitu al-Muharrar dan al-‘Aziz adalah sama-sama karya al-Rafi’i.

[2] Ini menunjukkan al-Nawawi menyusun kitab al-Rawdhah untuk menyajikan satu kitab yang menghimpun pendapat muktamad untuk fatwa di dalam mazhab Syafi’i. Di dalam ungkapan al-Nawawi ini terdapat sanggahan terhadap orang yang mendakwa bahawa kitab Rawdhah al-Thalibin bukan kitab yang muktamad dalam mengetahui pendapat yang rajih di dalam mazhab.


Sunday, April 28, 2013

al-Luma' fi Ushul al-Fiqh


 
Kitab al-Luma’ fi Ushul al-Fiqh  adalah antara karya dalam bidang usul fiqh yang sangat penting. Kitab al-Luma’ ini merupakan sebuah kitab ringkasan (mukhtashar) yang disusun oleh Imam Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali al-Syairazi bagi sebuah kitab karya beliau yang lain, iaitu Kitab al-Tabhsirah fi Ushul al-Fiqh. Kitab ini sangat istimewa kerana isi kandungan banyak memaparkan dalil-dalil dan perbincangan. 
 
Download Kitab al-Luma’ fi Ushul al-Fiqh

Saturday, April 13, 2013

al-Jami' Li Syu'ab al-Iman dan Mukhtasharnya


Ketika saya mula membaca buku terjemahan kitab Mukhtashar Syu’ab al-Iman (مختصر شعب الإيمان ) iaitu terjemahan karya Imam al-Qazwaini al-Syafi’i yang diterbitkan oleh Pustaka Azzam dari Indonesia dengan judul Ringkasan Syu’abul Iman, saya berazam untuk memaparkan pengenalan ringkas kitab ini dalam blog karya ulama ini. Ketika saya mencari maklumat kitab ini di alam cyber, saya dapati ada satu artikel yang membicarakan mengenai kitab Mukhtashar Syu’ab al-Iman dan kitab induknya iaitu Kitab al-Jami’ Li Syu’ab al-Iman karya al-Imam al-Bayhaqi. Kita ikuti artikel tersebut yang saya ambil dari pautan di bawah tanpa sebarang perubahan teksnya. http://adabuna.blogspot.com/2012/05/77-karakter-manusia-unggul-dalam-kitab.html 

Bismillahirrahmanirrahim.

Diantara khazanah klasik yang sangat menarik adalah karya-karya yang memaparkan karakter manusia-manusia unggul. Tentu saja, yang dimaksud disini adalah unggul menurut ukuran dan kriteria Islam, bukan peradaban industri yang berpijak pada materialisme semata. Salah satu karya paling komprehensif di bidang ini adalah al-Jami’ li Syu’abi al-Iman, karya al-Hafizh Abu Bakr Ahmad bin al-Husain bin ‘Ali bin Musa al-Khasrujardi al-Baihaqi (lh. 384 H, w. 458 H), atau kita biasa menyebutnya Imam al-Baihaqi saja. Karya ini merupakan salah satu kutub al-mutun atau literatur induk di bidang hadits, karena isi kandungannya yang sangat luar biasa dan seringkali memiliki jalur-jalur periwayatan tersendiri yang berbeda dengan karya lain. Dalam Ilmu Hadits, perbedaan jalur ini sangat penting, karena bisa dipergunakan untuk memeriksa otentisitas riwayat melalui metode perbandingan.

Judul kitab ini berarti “Kumpulan Cabang-cabang Iman”,yang didasarkan pada hadits riwayat Bukhari-Muslim yang menyatakan bahwa iman memiliki cabang lebih dari 60, atau lebih dari 70. Imam al-Baihaqi, berbekal penguasaan beliau terhadap tafsir, hadits, atsar, dan ilmu-ilmu lainnya, kemudian menelusuri cabang-cabang-cabang tersebut dan mengumpulkannya dalam sebuah karya besar. Dari penelusuran tersebut, beliau menemukan 77 cabang, yang seluruhnya didukung oleh ayat-ayat Al-Qur’an, hadits, dan atsar. Ketika menyadari kehebatan karya ini, Ustadz Muhaimin Iqbal, pemimpin Gerai Dinar, pernah menyebutnnya sebagai “77 Habits : More Then Just Highly Effective People…” (77 Kebiasaan: Lebih dari Sekedar Orang-orang yang Sangat Efektif). Beliau merujuk pada buku-buku Steven R. Covey yang berjudul The Seven Habits of Highly Effective People, dan kemudian dilengkapi oleh The 8th Habits. Hanya saja, bagi pembaca modern – apalagi kaum awam – karya Imam al-Baihaqi ini memiliki “kekurangan”, yakni ukurannya yang sangat tebal dan metode penyitiran sanad-nya yang sangat detil. Sebagai gambaran, salah satu edisi modern kitab ini diterbitkan pada tahun 2003 oleh Maktabah Ar-Rusyd, Riyadh, dalam 14 juz (termasuk indeks), dengan ketebalan total diatas 7.820 halaman. Menurut penghitungan para editornya, kitab ini memuat tidak kurang dari 10.752 riwayat, dari berbagai jenis dan tingkatan. Selain itu, betapa sering beliau menyitir tiga atau empat baris rangkaian isnad, padahal riwayat yang dinukil hanya beberapa kata saja, atau sama dengan riwayat sebelumnya. Tentu saja, nilai-nilai agung dalam karya ini seperti berada diatas menara gading, indah namun tidak membumi. Bahkan, hampir bisa dipastikan, sangat sedikit diantara kita yang memiliki copy naskahnya, apalagi yang telah tuntas menelaahnya. 

Kenyataan ini disadari sepenuhnya oleh al-Qadhi Abul Ma’ali‘Umar bin Sa’duddin Abul Qasim ‘Abdurrahman bin Abu Hafsh ‘Umar bin Ahmad bin Muhammad al-Qazwini asy-Syafi’i (lh. 653 H, w. 699 H). Maka, beliau pun memburu keberadaan naskah asli kitab tersebut, mengambil bacaannya dari dua jalur, lalu membawanya ke Damaskus. Setelah tuntas mengkaji kitab yang – pada masa itu – dicatat dalam 6 jilid besar, beliau bertekad meringkasnya, sebab: “…saya mendapati (cabang-cang iman) itu terpencar-pencar pada seluruh kitab. Beliau tidak mengumpulkannya terlebih dahulu pada kata pengantar dan tidak pula pada jilid pertama. Beliau langsung berfokus untuk merinci penjelasan cabang-cabang iman itu, namun beliau memencarnya di seluruh kitab. Maka, didorong oleh kebutuhan, saya pun mengumpulkannya dan meringkasnya sebagai pokok-pokok persoalan. Saya mencukupkan diri dengan menyitir satu ayat dari Kitabullah, atau satu hadits yang paling shahih dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Dalam beberapa cabang iman, terkadang saya menambahkan satu atau beberapa ayat; atau satu hadits; atau beberapa kalimat; satu atau beberapa kisah; satu atau beberapa bait syair; yang tidak disebutkan oleh Imam al-Baihaqi. Saya telah membaginya menjadi 77 bab.” 

Kitab terakhir ini diberi judul Mukhtashar Syu’abul Iman, dan menjadi intisari luar biasa dari karya lain yang juga luar biasa. Bayangkan, kitab setebal lebih dari 7.820 halaman berhasil diringkas menjadi 176 halaman saja (sudah termasuk pengantar, indeks, apendiks, dan daftar isi). Menurut hemat kami, peringkasan ini samasekali tidak menghilangkan tujuan utama penyusunannya! Salah satu edisi modern dari karya ini diterbitkan oleh Dar Ibnu Katsir, Damaskus-Beirut, tahun 1985, yang diedit dan di-takhrij oleh Syaikh ‘Abdul Qadir al-Arna’uth. Tentu saja, kitab Mukhtashar ini tidak lagi memuat deretan-deretan sanad yang panjang, namun cukup disitir nama Sahabat dan sumber aslinya dari kitab induk hadits tertentu. Syaikh al-Arna’uth kemudian merujukkan lokasi dari sumber-sumber asli tersebut, dan menyebutkan status sanad-nya, sehingga nilai ilmiahnya semakin tinggi tanpa harus bertele-tele mengikuti analisis para Ahli Hadits. Tentu saja, kitab ini sangat cocok bagi kita kaum awam yang terkadang “merasa tidak punya cukup waktu” untuk meng-upgrade keimanan kita dengan menambah ilmu dari sumber-sumber terpercaya. Menurut hemat kami, daripada membaca ulasan karakter manusia unggul yang bersumber dari penulis-penulis Barat, seribu kali jauh lebih baik kita menelaah karya ini. Ada banyak faidah sekaligus, seperti mendekatkan dengan Kitabullah, karena di dalamnya banyak disitir ayat-ayat Al-Qur’an; kemudian mendengarkan wejangan Rasulullah melalui hadits-hadits beliau. Membaca ayat dan menelaah hadits jelas bernilai ibadah dan mengandung dzikir, sesuatu yang tidak akan kita dapatkan dari karya-karya berbasis psikologi materialis-sekuler yang seringkali anti-tuhan, menolak metafisika, dan tidak sedikit pun berbicara tentang akhirat. Karya ini juga disertai syair, kisah dan kalimat hikmah dari para ulama’ yang mengabdikan hidupnya untuk Allah, bukan manusia-manusia yang menyembah dunia dan menjadi budak materi. 

Mengapa kami menilai karya ini sangat bagus untuk ditelaah? Sebab, selain ukurannya yang ringkas, maka seperti dinyatakan al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuiddin, bahwa diantara metode terbaik untuk menguatkan iman adalah membaca Al-Qur’an dan tafsirnya, mendengar hadits dan maknanya, menunaikan tugas-tugas ibadah, dan bergaul atau mengenal kisah orang-orang shalih. Kisah dan kata-kata orang yang tidak beriman kepada Allah, apalagi yang memusuhi-Nya, tentu tidak akan steril dari keyakinan mereka. Bukankah keyakinan yang melatari setiap hati pasti terefleksikan melalui kata-kata dan tindakan pemiliknya? Nah, kitab ini telah memuat tiga diantaranya: ayat, hadits, dan kisah. Sebelum menutup ulasan ringkas ini, kami pikir ada baiknya jika 77 cabang iman tersebut disitir sekarang, sebagai gambaran ringkas. Siapa tahu, sebagian besar sudah kita laksanakan, sehingga kita semakin termotivasi untuk menggenapkan cabang-cabang lainnya, dan kemudian diberkahi menjadi manusia yang berkarakter unggul, dengan izin Allah.

1. Beriman kepada Allah ta'ala.
2. Beriman kepada para Rasul Allah 'alaihim as-salaam.
3. Beriman kepada para malaikat Allah.
4. Beriman kepada Al-Qur'an dan semua kitab yang terdahulu.
5. Beriman kepada qadar (ketentuan) dari Allah, yang baik maupun yang buruk.
6. Beriman kepada hari akhir.
7. Beriman kepada kebangkitan setelah kematian.
8. Beriman bahwa manusia akan dikumpulkan (di mahsyar) setelah mereka dibangkitkan, sampai mereka dipanggil satu per satu menghadap Allah.
9. Beriman bahwa tempat tinggal kaum beriman di akhirat adalah surga, sementara tempat tinggal kaum kafir adalah neraka.
10. Beriman kepada wajibnya mahabbah (mencintai) Allah ta'ala.
11. Beriman kepada wajibnya khauf (merasa takut) kepada Allah ta'ala.
12. Beriman kepada wajibnya raja' (berharap) kepada Allah ta'ala.
13. Beriman kepada wajibnya tawakkal (bersandar) kepada Allah ta'ala.
14. Beriman kepada wajibnya mencintai Nabi shalla-llahu 'alaihi wa aalihi wasallam.
15. Beriman kepada wajibnya mengagungkan, menghormati dan memuliakan Nabi shalla-llahu 'alaihi wa aalihi wasallam.
16. Tidak rela melepas agamanya, sampai tingkatan lebih suka dilemparkan ke dalam api daripada menjadi kafir.
17. Mencari ilmu.
18. Menyebarkan ilmu.
19. Mengagungkan Al-Qur'an, yakni dengan mempelajari, mengajarkan, memelihara batas-batas serta hukum yang ditetapkannya, memahami halal-haramnya, menghormati ahli Al-Qur'an dan para hafizh-nya, menangis tatkala mendengar janji dan ancaman Allah di dalamnya.
20. Bersuci.
21. Shalat lima waktu.
22. Zakat.
23. Puasa.
24. I'tikaf.
25. Hajji.
26. Jihad.
27. Berjaga di medan perang (ribath) di jalan Allah ta'ala.
28. Teguh menghadapi musuh dan tidak melarikan diri (desersi) dari medan perang.
29. Bagi yang mendapat ghanimah, menyerahkan seperlima darinya untuk imam dan para pejabat yang ditunjuk untuk mengumpulkannya.
30. Memerdekakan budak semata-mata mengharap wajah Allah ta'ala.
31. Menunaikan kaffarat yang wajib bagi yang melanggar hukum jinayat.
32. Memenuhi janji.
33. Menghitung-hitung nikmat Allah dan mensyukurinya.
34. Menjaga lisan dari hal-hal yang tidak ada perlunya.
35. Menjaga amanat dan menunaikannya kepada yang berhak.
36. Mengharamkan pembunuhan dan tindakan jinayat kepada siapapun.
37. Mengharamkan kemaluan dari hal terlarang dan berusaha mejaga kehormatan diri.
38. Menahan tangan dari harta (yang bukan haknya).
39. Wajib bersikap wara' dalam hal makanan, minuman, dan menjauhi hal-hal yang tidak dihalalkan.
40. Tidak mengenakan pakaian atau menggunakan wadah-wadah yang haram atau makruh.
41. Mengharamkan permainan dan kegiatan selingan yang bertentangan dengan syari'at.
42. Berhemat dalam membelanjakan harta dan mengharamkan makan harta secara batil.
43. Meninggalkan dendam dan iri dengki.
44. Mengharamkan merusak kehormatan orang lain dan tidak menodainya dengan cara apapun.
45. Mengikhlaskan amal semata-mata untuk Allah dan tidak riya'.
46. Merasa gembira terhadap kebaikan dan sedih terhadap keburukan.
47. Mengobati setiap dosa dengan bertaubat.
48. Berkurban, termasuh kurban dalam rangkaian ibadah haji, sembelihan kurban di luar ibadah haji, dan akikah.
49. Menaati perintah.
50. Berpegang teguh terhadap apa yang dipegangi oleh jamaah kaum muslimin.
51. Menetapkan hukum diantara manusia secara adil.
52. Amar ma'ruf nahi munkar.
53. Saling menolong dalam kebajikan dan taqwa.
54. Malu.
55. Berbakti kepada kedua orang tua.
56. Menyambung tali persaudaraan (silaturrahim).
57. Berakhlaq yang baik.
58. Berbuat ihsan kepada budak, termasuk pembantu.
59. Hak seorang majikan atas budaknya.
60. Hak anak dan keluarga.
61. Bergaul akrab dengan orang yang taat beragama, mencintai mereka, menebarkan salam kepada mereka, berjabat tangan dengan mereka, dan beragam tindakan lain yang dapat mempererat jalinan cinta kasih dengan mereka.
62. Menjawab salam.
63. Menjenguk orang sakit.
64. Menyalati jenazah sesama muslim.
65. Mendoakan orang yang bersin.
66. Menjauhi orang-orang kafir dan orang-orang yang suka menebar kerusakan, serta bersikap keras kepada mereka.
67. Memuliakan tetangga.
68. Memuliakan tamu.
69. Menutupi kesalahan orang-orang yang berdosa.
70. Bersabar menghadapi musibah dan segala yang menarik bagi jiwa, yakni kelezatan dan syahwat.
71. Zuhud dan pendek angan-angan.
72. Cemburu dan tidak mengizikan pergaulan bebas.
73. Berpaling dari hal yang main-main.
74. Murah hati dan dermawan.
75. Menyayangi yang lebih kecil dan menghormati yang lebih tua.
76. Mendamaikan dua orang yang bersengketa.
77. Mengharap agar saudaranya sesama muslim memperoleh sesuatu yang dia pun sangat mengharapkannya untuk dirinya sendiri, juga membenci jika saudaranya mendapat sesuatu yang ia sangat membencinya jika menimpa dirinya sendiri.

Inilah 77 cabang iman yang dipaparkan dalam kitab Mukhtashar Syu’abul Iman. Semoga Allah membimbing kita untuk mengamalkannya. Amin. Wallahu a’lam.

Catatan: Bagi Anda yang berminat untuk mendapatkan edisi digital dari dua kitab tersebut, juga satu kitab lain yang sejenis, silakan kunjungi tautan berikut ini: 

Al-Jami’Li Syu’abil Iman, link: http://waqfeya.com/book.php?bid=565 
Mukhtashar Syu’abil Iman, link: http://archive.org/details/books-5_ahlalhdeeth 
Al-Minhaj Fi Syu’abil Iman, link: http://waqfeya.com/book.php?bid=4851

Friday, April 12, 2013

al-Adab al-Mufrad


Kitab al-Adab al-Mufrad (الأدب المفرد) merupakan karya Imam al-Muhaddisin Muhammad bin Ismail al-Bukhari, seorang tokoh hadis agung yang tidak asing lagi. Beliau terkenal dengan karya agungnya Kitab al-Jami’ al-Shahih atau yang lebih dikenali dengan Shahih al-Bukhari, yang dianggap sebagai kitab yang paling shahih selepas al-Quran.


Kandungan kitab al-Adab al-Mufrad ini berisikan himpunan hadis-hadis Rasulullah saw dalam tema adab (etika seorang muslim). Kitab ini merupakan kitab yang sangat bermanfaat untuk panduan seorang muslim dalam beretika. Ia disusun berpandukan tema dan latar belakang hadis yang dibawa.
 
Kitab al-Adab al-Mufrad dan terjemahan dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca secara online di pautan http://sunnah.com/adab  atau http://www.sunnipath.com/library/Hadith/H0003P0000.aspx 
atau  boleh didownload di pautan
http://www.downloadislamicbooks.net/wp-content/uploads/2012/03/Adab-Al-Mufrad-Imam-Bukhari.pdf