Sunday, January 20, 2013

Fatawa al-Imam al-Nawawi (فتاوى الإمام النووي)


Kitab Fatawa al-Imam al-Nawawi (فتاوى الإمام النوويyang juga dikenali sebagai  al-Masaa-il Mantsurah" ( المسائل المنثورة ), merupakan kumpulan fatwa Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H) yang disusun oleh salah seorang murid beliau, iaitu Imam al-Hafizh 'Alauddin 'Ali bin Ibrahim Ibn al-'Aththar al-Dimasyqi (654-724H).

Kitab ini merupakan sumber rujukan penting dalam bidang fiqh mazhab al-Syafi’i. Kitab ini disusun mengikut bab-bab fiqh seperti ibadat, jual beli dan sebagainya. Di samping bidang fiqh, terdapat juga beberapa masalah lain yang tidak berkaitan dengan fiqh, yang dimasukkan di akhir kitab ini.

Kandungan kitab ini juga agak unik, kerana terdapat beberapa masalah fiqh yang disebutkan dalam kitab ini yang tidak terdapat dalam mana-mana kitab karya al-Nawawi yang lain. Bilangan fatwa Imam al-Nawawi yang terdapat dalam kitab ini sebanyak 363 buah.

Kitab fatwa ini, boleh dimuat turun melalui pautan  فتاوى الإمام النوويSemoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment