Saturday, January 19, 2013

al-Lubab fi al-Fiqh al-Syafi'i


[kitabklasik324.jpg]Kitab al-Lubab fi  al-Fiqh al-Syafi'iللباب في الفقه الشافعي) merupakan sebuah kitab fiqh mazhab al-Syafi’i karya al-Imam al-Qadhi Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Dhabi al-Mahamili al-Syafi’i (368-415H ). Kitab al-Lubab merupakan antara kitab yang menjadi rujukan utama para ulama terdahulu dalam fiqh al-Syafi'i. Isi kandungan kitab ini telah disebutkan oleh beberapa ulama terkemudian dalam beberapa karya mereka ketika menghuraikan masalah fiqh.

Para ulama mutaakhir di kalangan mazhab al-Syafi'i begitu mengambil berat terhadap kitab al-Lubab. al-Imam Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad bin al-Hafizh Abdul Rahim al-‘Iraqi (762-826H ) merupakan ulama pertama yang telah meringkaskan kitab al-Lubab dengan karyanya yang berjudul “ Tanqih al-Lubab ”.
`
Kitab Tanqih al-Lubab ini, kemudiannya telah dihuraikan (disyarah) oleh beberapa ulama, antara;

1. Burhanuddin Ibrahim bin Musa al-Karki al-Syafi'i (853H)
2. Jalaluddin Muhammad bin Abdul Rahman al-Shiddiqi al-Syafi'i (891H)

Syaikh al-Islam, al-Qadhi Zaynuddin Abu Yahya Zakariya bin Muhammad bin Ahmad al-Anshari al-Sunaiki al-Mishri (823-926H) telah meringkaskan kitab Tanqih al-Lubab melalui karyanya “ Tahrir Tanqih al-Lubab ”. Beliau, kemudiannya telah menghuraikan kitabnya tersebut dengan karyanya yang lain, iaitu Kitab Syarh al-Tahrir atau judul sebenarnya  Tuhfah al-Thullab bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab ”.

Selain beliau, kitab Tahrir Tanqih al-Lubab juga telah disyarahkan  oleh beberapa ulama, antaranya;

1. al-Imam Syamsuddin, Muhammad bin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah bin Ahmad     Syihabuddin al-Ramli al-Munufi, yang terkenal sebagai al-Syafi’i al-Shaghir (919-1004 H).

2. al-Imam Zaynuddin 'Abdul Rauf bin 'Ali al-Munawi al-Syafi'i (1031H)  dengan karyanya yang berjudul "Ihsan al-Taqrir bi Syarh al-Tahrir"

Manakala Kitab Tuhfah al-Thullab bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab, karya Syaikh al-Islam Zakariyya al-Anshari di atas, telah diberikan komentar (hasyiah) oleh beberapa ulama, antaranya;

1. Syihabuddin bin Ahmad bin Ahmad bin Salamah al-Qalyubi (1069H).
2. Syamsuddin Muhammad bin Ahmad al-Syawbari al-Syafi'i (1069H).
3. 'Abdul Bar binAbdullah al-Ajhuri (1072H), dengan karyanya "Manhah al-Ahbab bi  Syarh Tuhfah al-Thullab"
4. Syamsuddin Muhammad bin Dawud bin Sulaiman al-'Inani (1098H), dengan karyanya "Fath al-Karim al-Wahhab 'ala Syarh Tanqih al-Lubab"
5. Hasan bin 'Ali bin Ahmad al-Manthawi al-Mudabighi al-Syafi'i (1170H).
6. ‘Abdullah bin Hijazi bin Ibrahim al-Syarqawi (1150-1227H), dengan kitabnya "Hasyiah 'ala Tuhfah al-Thullab bi Syarh. Tanqih al-Lubab".

Download Kitab al-Lubab fi al-Fiqh al-Syafi’i di pautan berikut; 
http://www.almeshkat.net/books/archive/books/lubab2.zip

Semoga bermanfaat.

2 comments:

  1. Mohon bantuannya, kitab Al-Lubab karya AL-Mahamili ringkasan dari kitab apa ya? Terimakasih atas jawabannya

    ReplyDelete
  2. Sekadar pengetahuan saya, kitab al-Lubab ini disusun tidak berdasarkan kitab tertentu. Ia merupakan ringkasan kandungan fiqh mazhab Syafi'i secara umumnya. Maksudnya ia disusun secara terpisah dan tidak dikaitkan dengan mana-mana kitab fiqh. Namun penyusunan tetap merujuk kepada beberapa kitab fiqh mazhab syafi'i yang lain. wallahu a'lam.

    ReplyDelete