Saturday, November 24, 2012

al-Manhaj al-Sawi Syarh Ushul Thariqah al-Saadah Aal Ba 'Alawi


Kitab al-Manhaj al-Sawi Syarh Ushul Thariqah al-Saadah Aal Ba’Alawi 
(المنهج السوي شرح أصول طريقة السادة آل باعلوي) merupakan sebuah kitab tasawwuf  yang terkenal masa ini, karya al-’Allaamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-’Abid al-Zahid al-Murabbi al-Da`i ila Allah al-Sayyid al-Habib Zayn bin Ibrahim bin Sumaith Ba 'Alawi al-Husayni.  

Kitab berbahasa ‘arab setebal 775 halaman ini menerangkan dengan terperinci mengenai 5 usul yang menjadi asas bagi jalan para Saadah Bani ‘Alawi (Thoriqah Bani ‘Alawi) iaitu:-
 
   ü  ‘Ilmu     
 
   ü  ‘Amal  
 
   ü  Warak

   ü  Khauf

   ü  Ikhlas.
 
Sebuah kitab yang sangat baik untuk dibaca terutamanya bagi yang ingin mengetahui perjalanan para saadah Ba’Alawi. Membaca kitab ini seumpama membaca ratusan kitab lain. Terlalu banyak permata ilmu yang terdapat di dalam kitab ini.

Kitab ini telah diterbitkan oleh Dar al-Ilm wa al-Da’wah, al-Jumhuriyyah al-Yamaniyah, Tarim, Hadhramaut, dengan ketebalannya 775 halaman termasuk 15 halaman untuk daftar isi. Tahun Penerbitan: 1426H/2005M (cetakan pertama); 1429H/2008M (cetakan kedua) Size kitab: 17cm x 25cm.

Artikel ini diubahsuai dari pautan berikut
http://pondokhabib.wordpress.com/2011/09/02/al-manhaj-al-sawi-syarh-ushul-thariqah-al-saadah-aal-ba%E2%80%99alawi/

Friday, November 23, 2012

Perukunan Sembahyang


Ketika saya memaparkan satu petikan artikel sebelum ini, mengenai sebuah kitab yang berjudul  Kitab Perukunan ’, pada mulanya anggapan saya ia adalah sama dengan kitab yang akan saya paparkan sekarang. Rupanya saya terkeliru dengan judulnya yang hampir sama. Kitab yang akan saya bicara secara ringkas kali ini ialah ‘ Kitab Perukunan Sembahyang ’ hasil karya Haji Abdul Rasyid al-Banjari, seorang ulama Banjar di Borneo.

Terdapat dua kitab Jawi yang menjadi telaah dan rujukan keluarga saya mengenai agama ketika saya kanak-kanak dahulu, iaitu Kitab Perukunan Sembahyang ini dan Kitab ‘Perhimpunan ‘Amal Ibadat’ karya al-Syaikh ‘Ali bin ‘Abdullah Baldran[1].

Dalam koleksi saya ada sebuah edisi kitab ini, iaitu terbitan Maktabah wa Mathba’ah Muhammad Nahdi wa Awladuh, Pulai Pinang, tanpa tarikh cetakannya. Di ‘cover’ hadapan kulitnya disebutkan judulnya sebagai ‘Perukunan Sembahyang Melayu’. Manakala di helaian bahagian dalamnya pula disebutkan  Ini Kitab Perukunan Besar’ bagi Haji Abdul Rasyid Banjar.........’.  Sekadar pengetahuan saya, rupanya selain kitab ini terdapat beberapa kitab lain yang diberi judul dengan ‘ Perukunan’ yang disusun oleh ulama Banjar.

Mereka menamakan kitab mereka sebagai ‘perukunan’ kerana dalam bahasa Banjar, “perukunan” bermakna huraian asas tentang perkara-perkara yang diwajibkan oleh agama yang harus dilaksanakan dalam kehidupan seharian, mencakup rukun Islam (fikih), rukun Iman (tauhid), dan rukun Ihsan (tasawuf).

Berikut saya nukilkan tulisan Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah mengenai kitab ini[2];

“ Di antara kitab Melayu/Arab yang paling popular dan banyak diajarkan orang ialah Kitab Perukunan Sembahyang Besar,......[3]. Kandungan kitab tersebut merupakan pengetahuan fardu ain yang paling lengkap.

Selain itu, dilengkapi juga dengan berbagai-bagai amalan yang menjadikan khabar kegembiraan untuk dunia dan akhirat. Terdapat juga tentang khutbah Jumaat dan khutbah nikah.

Tercatat pada semua edisi cetakan, “Diambil daripada karangan Sheikh Muhammad Arsyad Banjar…..[4]. Selain dalam Bahasa Melayu, kitab ini juga terdapat terjemahan dalam bahasa Bugis, Sunda dan Jawa. Dicetak oleh Mathba’ah al-Aminiyah, nombor 12 dan 14, Baghdad Street, Singapura, bertarikh 23 Zulhijjah 1352 H/ 9 Mac 1935 M, dicetak dengan huruf litograf.

Terdapat berbagai-bagai edisi cetakan dan masih dicetak serta banyak diajarkan di seluruh dunia Melayu hingga kini. Walaupun karyanya sangat terkenal, namun riwayat hidup penyusunnya masih gagal dikesan ”.
Semoga bermanfaat.


[3]Dalam artikel asal ada disebutkan selepasnya ‘ tanpa dinyatakan tarikh’. Saya sengaja  memadamnya kerana tiada kesesuaian dengan teks tersebut. Kemungkinan berlaku kesilapan ketika menaip oleh penyusun atau semasa cetakan ketika penerbitannya. Wallahu a’lam.
 
[4]  Di bahagian bawah catatan itu, disebutkan “ Dan ada ditambah sifat dua puluh, khutbah Jumaat, khutbah nikah, ratib haddad, talqin mayat, bab haid, doa-doa, bab haji, fatihah bergantung makna, qunut, tahiyyah bergantung makna, doa ‘Akasyah

Bada'i al-Zuhur fu Waqa'i al-Duhur

 
Kitab Bada’i al-Zuhur fi Waqa’i al-Duhur  merupakan hasil karya Ibn Iyas, seorang sejarawan Mesir dan seorang murid kepada al-Hafiz Jalaluddin Abdul Rahman al-Sayuthi (911H). Nama lengkapnya ialah  Abu al-Barakat Muhammad bin Ahmad bin Iyas, yang lahir di Kaherah pada tahun 852H / 1448M dan meninggal pada tahun 930H / 1524M.  Ia sezaman dengan Ibn Taghri Birdi, Abu al-Mahasin Yusuf (1411-1470M), penyusun kitab al-Nujum al-Zahirah fi Muluk Mishr wa-al-Qahirah yang sangat terkenal itu.
 
Kitab Bada’i al-Zuhur fi Waqa’i al-Duhur adalah sebuah kitab yang membicarakan tentang pelbagai kejadian dan kisah para nabi terdahulu. Dalam pengantarnya, Ibn Iyas mengatakan: “…maka saya menulis tentang kejadian dan kisah hidup para nabi, dan memilih kisah-kisah yang paling mengesankan…..”. Beliau menyatakan bahawa pemilihan peristiwa dan kisah perjalanan hidup para nabi terdahulu bagi mengisi kandungan kitabnya sebagai pengajaran bagi orang-orang yang berakal.

Di samping itu, beliau menegaskan tidak mungkin semua kisah dan peristiwa  para nabi dapat dipelajari semuanya. Sebagaimana dikatakan: “Tak ada seorang pun yang mampu menguasai seluruh ilmu, meski ia mempelajarinya selama seribu tahun. Sebab ilmu itu laksana lautan yang bergelombang, karenanya ambil segala sesuatu yang bisa membuat kebaikan”.
 
Dalam kitab tersebut, Ibn Iyas memulai dengan menyebut tentang peristiwa permulaan kejadian makhluk. Ia mengutip sebuah riwayat Imam Ahmad bin Hanbal yang terdapat di dalam Musnad-nya dari Amir al-‘Uqaili ra, ia berkata: “Saya bertanya kepada Rasulullah saw: ‘Di mana Tuhan kami sebelum menciptakan langit dan bumi? Rasulullah saw pun menjawab: ‘Ia berada di awan (ghamam) yang di atas dan bawahnya adalah udara (hawa`), kemudian Ia menciptakan ‘arsy di atas air”.
 
Selanjutnya pada halaman-halamana berikutnya, Ibn Iyas mengemukakan tentang riwayat-riwayat tentang salji dan ais. Seperti riwayat Ibn Abbas yang menyebutkan bahawa Allah SWT telah menciptakan di langit gunung-gunung yang terbuat dari salji dan ais sebagaimana Allah SWT menciptakan di bumi gunung-gunung dari batu. Riwayat ini senada dengan firman Allah SWT: “Dan Allah SWT (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung” (al-Nur: 43).

Dalam konteks ini, Ibn Iyas juga mengutip pernyataan Ibn al-Jauzi yang terdapat di dalam pelbagai karyanya. Menurut penuturan Ibn al-Jauzi, pada abad kelima hijriyah pernah terjadi peristiwa yang amat mengerikan di sebagai belahan bumi sebelah barat, iaitu hujan ais dengan butiran-butiran yang sangat besar. Peristiwa ini telah banyak memakan korban jiwa yang sangat banyak, mulai dari manusia sampai binatang.

Di tempat lain, Ibn Iyas juga menjelaskan tentang bahagian-bahagian dunia. Yang menarik dalam hal ini, ia mengutip pendapat Hermes yang menyatakan bahawa dunia itu ada tujuh bahagian,  iaitu untuk Turki, Arab, Parsi, Sudan, sedang tiga bahagian lainnya untuk Ya’juk dan Makjuj.

Tidak lupa Ibn Iyas juga menerangkan tentang sungai-sungai. Di antara sungai-sungai yang terkenal ialah sungai Sihan, Jihan, Furat, Tigris, dan sungai Nil. Kononnya, orang yang menggali dan mengalirkan air dari sungai Furat  ke sungai Tigris adalah nabi Daniel.

Dan menurut beberapa hukama`, bahwa meminum air sungai Tigris boleh melemahkan syahwat laki-laki dan bagi perempuan boleh menambahkan ghairahnya. Sedang salah satu dari keajaiban sungai Nil adalah adanya kuda nil yang hidup di sana.

Dalam kitab ini juga dikemukakan tentang kisah-kisah para nabi terdahulu dan di akhiri dengan kisah turunnya nabi Isa ke muka bumi. Apa yang dipaparkan Ibn Iyas dalam kitabnya memang masih perlu untuk dipersoalkan kebenarannya.

Tidak sedikit kejadian dan kisah-kisah yang dipaparkan dalamnya perlu untuk dipersoalkan, tetapi tulisan ini bukan untuk mempersoalkan kebenaran kejadian dan kisah-kisah yang dikemukakan Ibn Iyas. Tulisan singkat ini hanya mencuba memperkenalkan serba sedikit isi kandungan kitab ini  untuk dikongsi bersama. Dengan membaca kitab ini akan membawa kita ke zaman dan dunia yang sangat jauh. Berdasarkan cetakan Dar al-Fikr Beirut, t.t - tebal kitab ini adalah 197 halaman.
 
Artikel ini dipetik dan diubahsuai dari pautan http://www.aliyahromu.com/2011/07/badai-az-zuhur-fi-waqai-ad-duhur.html
 

Wednesday, November 21, 2012

al-Lukluk wa al-Marjan fi ma Ittafaqa 'Alaih al-Syaikhan

 
Kitab al-Lu'lu wa al-Marjan fii ma Ittafaqa  Alaihi al-Syaikhan, merupakan sebuah kitab yang menghimpunkan  hadits-hadits  shahih yang disepakati oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Kitab ini adalah hasil susunan al-Syaikh al-Muhaddits al-‘Allamah Muhammad Fuad Abdul Baqi, seorang ulama dari Mesir.

Imam Bukhari (194 H - 256 H) dan Imam Muslim (204 H - 261 H) merupakan dua orang yang mempunyai autoriti tertinggi dalam dunia periwayatan hadits shahih. Hadits-hadits yang diriwayatkan oleh mereka berdua  berdasarkan  syarat yang sangat ketat atas matan (isi) maupun sanad (silsilah periwayatan) hadits. Integriti orang-orang yang meriwayatkan (perawi hadits) juga sangat diperhatikan, seperti tidak pernah berdusta, kuat ingatannya, pernah bertemu dengan perawi sebelumnya, dan lain-lain. Dalam salah satu riwayat disebutkan bahawa Imam Bukhari pernah menolak integriti seorang perawi hadits, hanya kerana orang itu pernah "berdusta" kepada seekor kuda. Ia memanggil-manggil kuda dengan berpura-pura memberi makan, padahal dalam genggaman tangannya tidak ada makanan.
 
Penyusun kitab al-Lukluk wa al-Marjan, al-Syaikh Muhammad Fuad ‘Abdul Baqi menegaskan bahawa kitab susunan beliau ini sangat tinggi kedudukannya, berdasarkan isi kandungannya, iaitu himpunan hadits-hadits  yang disepakati keshahihannya oleh al-Bukhari dan Muslim. Beliau menguatkan perkara ini dengan pembahagian hadits shahih sebagaimana yang dibuat oleh Imam Taqiyuddin Abu ‘Amru ‘Utsman bin ‘Abdul Rahman al-Syahruzuri al-Syafi’i atau lebih dikenali dengan Ibn al-Shalah. Di mana Ibn al-Shalah telah membahagi khazanah hadits-hadits shahih dalam tujuh tingkatan, iaitu;
 
1.       Hadits shahih muttafaqun alaih (yang disepakati) oleh al-Bukhari dan Muslim.
2.      Hadits shahih yang hanya diriwayatkan oleh al-Bukhari.
3.      Hadits shahih yang hanya di riwayatkan oleh al-Muslim.
4.     Hadits shahih berdasarkan syarat yang ditentukan oleh al-Bukhari dan Muslim, tetapi keduanya  tidak meriwayatkan hadits itu.
5.      Hadits shahih hanya berdasarkan syarat yang ditentukan oleh al-Bukhari.
6.      Hadits shahih hanya berdasarkan syarat yang ditentukan oleh Muslim.
7.      Hadits shahih berdasarkan syarat-syarat yang ditentukan oleh Imam-ilmam hadits yang lain.
 
Menurut al-Syeikh Muhammad Fuad ‘Abdul Baqi, berdasarkan pengetahuannya tiada lagi kitab yang disusun menghimpunkan hadits-hadits yang disepakati keshahihannya (al-muttafaq ‘alaih), melainkan kitab karya gurunya, iaitu al-Marhum al-Syaikh Muhammad Habibullah al-Syanqithi, yang berjudul “ Zad al-Muslim Fi ma Ittafaq ‘alaih al-Bukhari wa Muslim ”. Namun begitu, kandungan kitab ini tidak meliputi semua hadits yang disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim. 
 
Syaikh Muhammad Fuad ‘Abdul Baqi menjelaskan bahawa kandungan kitab ini, disusun mengikut susunan kitab, bab serta nombor haditsnya  berdasarkan kitab Shahih Muslim, kerana kaedah penyusunannya lebih sistematik dan lebih baik dari kitab Shahih al-Bukhari.
 
Berdasarkan kitab al-Lukluk wa al-Marjan dalam koleksi saya, iaitu terbitan Dar al-Hadits, Kaherah ( 2001), selepas sesebuah bab, penyusun akan mendatangkan sebuah hadits riwayat Muslim hingga sempurna, kemudian di bawahnya dicatatkan    hadits ini dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam :  …… (disebutkan nama kitab dan babnya). Jumlah hadits yang terkandung dalam kitab al-Lukluk wa al-Marjan ini adalah sebanyak 1906 buah.
 
Benarlah penegasan penyusunnya, sememangnya kitab ini sangat tinggi nilainya, menjadi rujukan para ilmuan Islam dalam melaksanakan penyelidikan dan kajian-kajian mereka.
 
Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia oleh berbagai penerbitan untuk memudahkan umat Islam yang berbahasa Melayu membuat rujukan mereka.
 
Kitab ini juga telah dibuat ebooknya sebagai memudahkan lagi kita membaca dan membuat rujukannya. Ia lengkap dengan teks 'Arab dan terjemahannya dalam bahasa Indonesia.
 
Sila kunjungan pautan berikut untuk mendownloadnya

Tuesday, November 20, 2012

Tanwir al-Qulub fi Mu'amalah al-'Allam al-Ghuyyub

Artikel berikut diambil dari pautan http://tengkuzulkarnain.net/index.php/artikel/index/94/Bedah-Kitab-Tanwirul-Qulub. Semoga bermanfaat.


Kitab Tanwir al-Qulub fi Muamalah 'Allam al-Ghuyub adalah sebuah kitab yang masyhur di dunia Islam. Kitab ini adalah salah satu ‘kitab wajib’ yang dipelajari pada hampir seluruh pesantren di Indonesia. Penulisnya adalah Syaikh Muhammad Amin al Kurdi yang kadang-kala juga disebut Syaikh Sulaiman al-Kurdi. Beliau dilahirkan pada paruh kedua abad ke-13 di kota Irbil dekat kota Moshul di Irak, sebuah kota yang cukup populer terutama setelah serangan dan pendudukan Amerika Serikat atas negeri itu.

Ayah beliau adalah seorang Ulama Besar, pemuka dalam Thariqat al Qadiriyah, sebuah thariqat yang telah dirintis oleh Syaikh Abdul Qadir al Jaelani. Guru beliau yang terkenal adalah Syaikh al Quthub, Mulana Umar, seorang wali Allah yang tinggal di Irbil, Irak. Guru beliau inilah yang banyak menggembleng beliau dengan ilmu-ilmu syari’at dan thariqat, sehingga membuat beliau memiliki dasar yang kuat dalam ilmu lahir dan batin.

Syaikh Amin al Kurdi adalah seorang pelajar yang gigih, di mana masa mudanya dihabiskan untuk belajar berbagai disiplin ilmu agama dari guru-guru besar yang masyhur pada zaman beliau. Setelah menamatkan pelajaran di Irbil beliau memulai perjalanan spiritual mengunjungi orang-orang shalih dan makam orang-orang shalih. Kemudian dengan bekal tawakkal kepada Allah dan doa dari para guru, beliau memulai perjalanan ke Hijaz dengan menumpang kapal laut dari kota Basrah, Irak. Beliau tinggal di Mekkah belajar dari guru-guru terkemuka di Mekkah dan tenggelam dalam berbagai amal sholih. Pada tahun 1300 H. beliau berangkat ke Madinah dan menetap di sana, belajar dan menempa rohani di Baqi’ dan jabal Uhud.

Pada akhir usia beliau, beliau pindah ke Mesir karena didorong rasa rindu dan cinta kepada para Ahlul Bait Rasulullah SAW., yang saat itu sangat banyak menetap di Mesir, ketimbang di Mekkah dan Madinah sendiri. Saat menetap di Mesir inilah beliau meneguk habis pelajaran-pelajaran berharga dari kitab fiqih as Syafi’i dan kitab-kitab hadis yang utama. Tercatat guru beliau dalam fiqih adalah: Syaikh Asymuni dan Syaikh Musthafa ‘Izz as Syafi’i, dua orang ulama Universitas Al- Azhar paling terkemuka di zaman itu di Mesir. Dalam ilmu hadis beliau belajar dari Syaikh Samin al Bisyri, serta para Masyaikh di al Azhar dengan menamatkan kitab Shohih Bukhari dan Muslim, Musnad as Syafii, al Muatha’ Imam Maliki, serta Tafsir Baidhawi.

Beliau diangkat sebagai Syaikh Besar pada thariqat al Khalidiyah dan Naqsyabandiyah di Mesir. Kemasyhuran beliau menyinari seluruh Mesir sebagai Ulama ahli Fiqih madzhab Syafi’i dan Syaikh Besar Thariqat Naqsyabandi. Dan, beliau wafat pada tahun 1332 H. dan dimakamkan di sebelah makam dua Imam besar dunia, Imam Jalaluddin al Mahali dan Imam Tajuddin as Subki.

Isi Kitab dan Pandangan Penulis

Kitab Tanwirul Qulub dibagi atas tiga bagian besar. Pertama, bagian Aqidah Biddiniyyah terdiri atas 3 bab. Kedua, bagian Fiqih terdiri atas 11 bab yang dibagi menjadi 94 pasal. Dan ketiga, bagian Tasawwuf dibagi atas 22 pasal.

Pada pembahasan akidah dengan terang-terangan beliau mengatakan bahwa pembahasan isi kitab hanya berdasarkan kepada ajaran akidah Ahlussunah wal Jama’ah al Asy’ariyah dan Maturidiyah saja dengan menyertakan dalil-dalil aqli dan naqli serta menolak suybhat yang dimunculkan oleh ajaran sesat di luar Ahlussunah (halaman 66).

Beliau mengatakan bahwa Allah memiliki 20 sifat yang wajib atas Allah antara lain: Wujud, Qidam, Baqa’, Mukhalafatuhu Lilhawadits, Qiyamuhu Binafsih, Wahdaniyah, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’, Bashr, Kalam, Qadirun, Muridun Alimun, Hayyun, Sami’un, Bashirun, Mutakalimun.

Dan 20 sifat yang Mustahil atas Allah antara lain: Adam, Huduts, Fana’, Mumatsalutuhu Lilhawadits, Qiyamuhu Bighayrih, Ta’addud, Ajz, Karahah, Jahil, Maut, Saman, Umy, Bukm, Kaunuhu Ajizan, Kaunuhu Karihan, Kaunuhu Jahilan, Kaunuhu Mayyitan, Kaunuhu Asam, Kaunuhu A’ma, Kaunuhu Abkam

Adapun sifat Jaiz yaitu melakukan segala sesuatu yang mungkin atau meninggalkannya. Dalil atas sifat ini adalah surat Al Qashash ayat: 68 “dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya.”

Dalam bab Fiqih beliau menjelaskan dalam kitabnya secara lengkap pada hampir seluruh permasalah fiqih Imam Syafii. Meskipun pembahasannya tidak dilakukan secara panjang lebar namun mencukupi untuk bekal para pelajar pesantren memahami ilmu fiqih dalam mazhab Syafii, karena di samping cukup lengkap dalam berbagai permasalahan yang diperlukan, juga disertai dengan dalil-dalil pendukung dari ayat-ayat al Qur’an dan hadis-hadis nabi. Dibandingkan dengan kitab-kitab sejenisnya, misalnya kitab Kifayatul Akhyar karangan Imam Taqiyuddin, kitab Tanwirul Qulub ini memiliki keunggulan tersendiri. Di mana dalam kitab ini terdapat pembahasan bab Fara’idh (warisan) dengan cukup lumayan luas, yang tidak terdapat dalam kitab Kifayatul Akhyar itu.

Sedangkan dalam pembahasan Tasawwuf, beliau memulainya dengan pembahasan lima pokok yang menjadi sifat tasawwuf, yaitu: 1. Taqwa kepada Allah, wara’ dan istiqamah, 2. Mengikuti sunnah nabi perkataan dan perbuatannya, 3. Memalingkan diri dari makhluk, bersabar dan bertawakal kepada Allah, 4. Ridha, dan 5. Taubat dan Syukur kepada Allah.

Sedemikian kokohnya pemahaman beliau atas tiga prinsip dasar akidah, fiqih dan tashawwuf itu, sehingga beliau mengatakan dengan tegas bahwa telah menjadi keharusan atas umat yang hidup di akhir zaman ini untuk bertaqlid kepada Imam-Imam Mujtahid dari faham Ahlussunnah dan Imam madzhab yang Empat saja. Dengan mengikuti mereka berarti akan selamat dalam kehidupan beragama. Sebaliknya, beliau menegaskan bahwa barangsiapa yang tidak ikut salah seorang dari para Imam ini, (Hanafi, Maliki, Syafi’i, dan Hambali), dan mengucapkan bahwa dia terlepas dari Madzhab yang Empat serta hanya menggali langsung dari kitab al Qur’an dan Sunnah saja, maka orang tersebut tidak akan selamat, dan termasuk orang yang sesat lagi menyesatkan!

Menurut beliau, hal itu terjadi adalah karena keterbatasan waktu orang sekarang dalam memahamkan agama, serta banyaknya pengaruh rusak akibat lemahnya moralitas, kedurhakaan yang meluas, dan tingginya kecintaan pada hal-hal duniawiyah. Di samping tidak tersusun rapinya buku-buku pembahasan masalah agama di luar Madzhab yang Empat ini. Apalagi dilihat tentang kedalaman ilmu, jelas orang sekarang tertinggal jauh jika dibandingkan dengan ilmu para Imam Madzhab yang Empat. (Lihat Tanwirul Qulub, halaman 65-66, cetakan Darul Kutubi al Ilmiyah, Beirut).

Sanjungan dan Kritik

Kitab Tanwir al Qulub ini mendapat sanjungan yang luas dari kalangan ilmuwan di negeri Indonesia. Para ulama pesantren menjadikan kitab ini sebagai ‘kitab wajib’ untuk seluruh pelajar, terutama pesantren di tanah Jawa dan Sumatera. Di negeri Malaysia, kitab ini juga dipakai pada sekolah-sekolah Agama di sana dan sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Lembaga Bahasa milik Pemerintah Malaysia. Selain dipakai di pesantren, ternyata kitab ini sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia oleh Pustaka Hidayah, Bandung dengan judul Manusia Bumi Manusia Langit, Rahasia Menjadi Muslim Sempurna, terbit pada tahun 2010.

Demikian terkenalnya kitab ini di Indonesia, sehingga telah beredar tidak kurang dalam enam edisi cetakan dengan penerbit yang berbeda, meskipun kesemuanya masih dalam bahasa Arab, antara lain: Terbitan Maktabah Keluarga Semarang, Terbitan Surabaya, Terbitan Darul Kutubi al Arabiyah, Indonesia, Terbitan Darul Fikri, Mesir, Terbitan Maktabul Taufiqiyyah, dan terbitan Darul Kutubi al Ilmiyah, Beirut, Libanon, yang dilengkapi dengan catatan pinggir oleh Muhammad Riyadl. Sayangnya, edisi terjemahan dalam bahasa Indonesia hanya ada satu saja, dan itupun tidak dilengkapi dengan teks ayat-ayat al Qur’an dan hadis-hadis yang semestinya ada di dalamnya. Dengan keterbatasan ini, orang awam yang tidak mengerti bahasa Arab sangat sulit untuk menikmati apalagi memahamkan, dan meyakini kitab penting ini.

Salah satu penyebab kitab ini masyhur dan tersebar di Indonesia adalah isi kandungannya yang bersesuaian dengan faham yang dianut oleh hampir seratus persen rakyat Indonesia. Dalam akidah misalnya, sudah dimaklumi bahwa faham masyarakat luas adalah faham Ahlussunnah Wal Jama’ah al Asy’ari, sedangkan dalam fikih juga dimaklumi bahwa hampir seratus persen bangsa Indonesia bermadzhab Imam Syafi’i. Sedangkan dalam bidang tashawwuf, mayoritas penganut tashawwuf di negeri ini adalah penganut thariqat Naqsyabandiyah dan Qadiriyah. Dan kalaupun mungkin ada orang tidak menganutnya, paling tidak masyarakat luas sudah menerima dan tidak menolak keberadaan aliran thariqat yang sudah dianggap mu’tabarah, dalam hal ini tentu termasuk ajaran tariqat an Naqsyabandiyah ini.

Kritik dan Kecaman

Secara umum kritik bahkan kecaman sudah sering dialamatkan kepada para penganut aqidah al Asy’ariyah dan khususnya para penganut ajaran thariqat. Sebut misalnya kitab Manhaj al Imam asy-Syafii fi Itsbati al Aqidah oleh Doktor Muhammad bin Abdul Wahab al Aqil, terbitan Maktabah Abwa asy Salaf, Riyadl, tahun 1998 M. Dalam edisi bahasa Indonesia, kitab ini diberi judul Manhaj Aqidah Imam asy-Syafi’i, penterjemah Nabhani Idris dan Saefuddin Zuhri, terbitan Pustaka Imam Syafi’i, tahun 2002.

Keberadaan kitab itu cukup menghebohkan para ulama Indonesia, bahkan juga masyarakat awam karena isinya dianggap sebagai pemelintiran terhadap Akidah Imam asy-Syafi’i yang dikenal murni pengikut generasi awal Salaf as Shalih, menjadi Akidah Salaf ajaran Ibnu Taimiyyah. Kini, beberapa ulama di Indonesia mulai membahas keberadaan kitab ini, bahkan beberapa di antaranya telah mulai menulis kitab sanggahan, antara lain, Syahamah Jakarta dan LBM Nadhatul Ulama Jember.

Kritik terhadap ajaran thariqat di Indonesia dalam sepuluh tahun terakhir ini pun sudah sangat gencar dilakukan, terutama oleh para pengikut Mazhab Salafi Indonesia antara lain: Hartono Ahmad Jaiz dalam bukunya “Belitan Iblis”, dan buku “Kesesatan Tahlilan dan Yasinan”. Juga Rapot Merah Aa Gym, MQ Dalam Penjara Tasawwuf, oleh Abdurrahman Al Mukaffi, (buku ini sudah penulis jawab dalam buku yang berjudul Salah Faham Penyakit Umat Islam Masa Kini). Dari luar negeri adalagi kitab terjemahan yang berjudul “Darah Hitam Tasawwuf” oleh Dr. Ilahi Dhohir.

Namun secara spesifik, kritik terhadap kitab Tanwir al Qulub baru sekali dilontarkan oleh seorang ulama Timur Tengah bernama Muhammad Riyadl. Kitab tersebut berjudul Tanwir al Qulub fi Muamalati Allam al Ghuyub, terbitan Darul Kutub al Ilmiyah, Beirut Lebanon, cetakan pertama tahun 1955 M. Di dalam kitabnya yang tebalnya mencapai 621 halaman ini, Muhammad Riyadl membantah, bahkan menyatakan sesat beberapa masalah yang telah dibahas oleh Syaikh Muhammad Amin al Kurdi. Kritikan terbanyak dilontarkan terutama dalam pembahasan Aqidah (ushuluddin) dan Thariqat Naqsyabandi.

Salah satu kritikan Muhammad Riyadl yang agak keras adalah masalah sifat Wujud Allah, di mana beliau mengatakan wajib meyakini wujud Allah secara dhahiriyah apa yang tertulis pada ayat al Qur’an dengan menolak takwil. Sehingga jika ditanyakan di mana Allah, maka wajib menjawab Allah ada di seluruh tempat, tetapi keberadaan Allah di seluruh tempat itu adalah dengan Ilmu-Nya bukan dengan Dzat-Nya. Kemudian beliau mengatakan lagi, bahwa wajib meyakini Allah itu dengan Dzat-Nya bertempat di langit-Nya, di atas Arasy-Nya, di atas segala yang paling tinggi sesuai dengan Keperkasaan dan Keagungan-Nya! Sebagai penyokong pendapatnya ini dikemukakannya dalil “Dialah Tuhan yang di langit” (QS. Ah Zukhruf: 84) dan firman Allah: “Tuhan yang Ar Rahman duduk di atas Arasy” (QS. Thaha ayat: 5). (Lihat halaman 30)

Hal tersebut bertolak belakang dengan pemahaman Syaikh Amin al Kurdi yang meyakini Allah itu ada tanpa memerlukan tempat, tanpa memerlukan waktu, dan tidak memiliki pencipta, senada dengan pemahaman Ahlussunnah wal Jama’ah yang meyakini Allah maujud bi la makan, wa la zaman, (Allah ada tanpa tempat dan Allah ada tanpa waktu). Imam Hanafi, seorang Imam dari generasi Salaf as Shalih mengatakan dalam kitabnya al Washiyyah, :“Penduduk surga melihat Allah dengan pasti tanpa mensifati-Nya dengan sifat benda, tidak menyerupai makhluknya dan tanpa berada di satu arah pun (tidak di atas, tidak di bawah, tidak di kanan, tidak di kiri, tidak di bumi dan tidak di langit-pen)”. Sementara, Imam Ali bin Abi Thalib berkata: “Allah itu ada sebelum adanya tempat, dan sekarang,(setelah menciptakan tempat) Allah tetap seperti semula,yakni ada tanpa tempat(lihat kitab al Farq baina al Firaq halaman 333).

Penulis mencoba meneliti ayat al Qur’an yang dikemukakan oleh Muhammad Riyadl, ternyata ayat itu dipotong sedemikian rupa, sehingga tidak sempurna lagi wujud dan maksudnya. Seharusnya ayat tersebut berbunyi, “Dan Dialah Tuhan (yang disembah) di langit dan Tuhan (yang disembah) di bumi, dan Dia-lah yang Maha Bijaksana lagi Maha mengetahui.( al Qur’an surat al Zukhruf 84). Sebagai catatan, kata ‘yang disembah di dalam kurung’ adalah makna takwil yang dilakukan mufassir ahli sunnah. Sayangnya, secara sengaja beliau memotong ayat itu sampai kepada bunyi “Tuhan di langit saja”, lengkapnya “Dia-lah Tuhan (yang disembah) di langit” dengan menghilangkan sambungan berikutnya dari ayat ini yang lengkapnya ada sambungan,“Dan Tuhan (yang disembah) di bumi.” Dalam kaidah ilmiah, perbuatan menggunting dan memotong dalil agar sesuai selera, dan dapat dipergunakan untuk membela faham sendiri, adalah perbuatan tercela yang pada ujungnya akan merugikan diri sendiri. Bagaimana pun para pembaca yang kritis akan mengetahui juga perbuatan itu setelah meneliti dalil-dalil yang dikemukakan dengan merujuk kepada sumber dalilnya yang asli.

Wallahu a’lam bishowab

Sunan al-Darimi

 

Adakah Sunan al-Darimi layak sebagai pelengkap Kutub al-Sittah? Mengapa tidak jika al-Darimi sendiri adalah guru kepada al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan al-Tirmidhi. Malah, sanad thulathiyat Sunan al-Darimi lebih banyak daripada thulathiyat Sahih al-Bukhari yang berjumlah 22 sanad itu. Justeru, sesetengah ulama’ hadith tidak meletakkan Sunan Ibn Majah sebagai kitab keenam dalam Kutub al-Sittah tetapi meletakkan Sunan al-Darimi atau al-Muwatto’ Imam Malik sebagai gantinya.
 
Hakikatnya, kurun ketiga hijrah dan keempat hijrah telah melahirkan ratusan karya-karya hadith. Ketika itu tidak wujud karya-karya utama hadith lagi walaupun sebahagiannya lebih terkenal daripada sebahagian karya lain. Namun, proses kajian serta penghasilan karya oleh ulama’ selepas itu telah melahirkan karya-karya utama hadith, antaranya istilah Kutub al-Sittah.
 
Namun, pada peringkat awal ahli hadith menjadikan sumber rujukan utama hadith adalah Kutub al-Khamsah tanpa Sunan Ibn Majah. Ulama’ hadith yang mula-mula meletakkan Ibn Majah sebagai pelengkap Kutub al-Sittah ialah Abu al-Fadhl Muhammad bin Tahir al-Maqdisi (m.507) melalui karya beliau Atraf al-Kutub al-Sittah dan Syurut al-A’immah al-Sittah.
 
Walaupun al-Muwatto’ dianggap sebagai karya pertama menghimpunkan banyak hadith sahih, namun Sunan Ibn Majah lebih dahulu disenaraikan sebagai Kutub al-Sittah. Ini kerana dalam Sunan Ibn Majah terdapat manfaat dari aspek bab feqah di samping lebih banyak hadith tambahan kepada Kutub al-Khamsah. Walaupun hadith-hadith dalam al-Muwatto’ lebih sahih daripada Sunan Ibn Majah, namun kebanyakkan hadithnya telah terdapat dalam Kutub al-Khamsah, iaitu Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan al-Tirmidhi dan Sunan al-Nasa’ie. Walaupun begitu, terdapat di kalangan ulama’ hadith seperti Ahmad bin Razin al-Abdari as-Sarqisti (m.535H) dan Ibn al-Athir al-Jazairi (m.606H) yang memilih Muwatto’ imam Malik sebagai kitab keenam tersebut dan bukannya Sunan Ibn Majah atau al-Darimi.

Langkah menjadikan Ibn Majah sebagai pelengkap Kutub al-Sittah ini diteruskan oleh al-Hafiz Abdul Ghani bin Abd al-Wahid al-Maqdisi (m.600H) yang menghasilkan karya al-Kamal fi Asma’ al-Rijal. Karya beliau ini mengumpulkan biografi semua nama perawi yang terdapat dalam Kutub al-Sittah. Karya al-Kamal ini ini kemudian menjadi induk dan asas pedoman oleh pengkarya lain dalam biografi perawi Kutub al-Sittah lantas meletakkan Sunan Ibn Majah sebagai antara enam karya utama hadith. Antara mereka ialah al-Mizzi (m.742H) (Tahdhib al-Kamal fi Asma’ al-Rijal), al-Dhahabi (m.748H) (Tahdhib al-Tahdhib dan Al-Kashif fi Asma’ Rijal al-Kutub al-Sittah ), Ibn Kathir, al-Mughlata’i (m.762H) (Ikmal Tahdhib al-Kamal), Ibn Hajar (m.852H) Tahdhib al-Tahdhib dan Taqrib al-Tahdhib) dan al-Khazraji (m.923H) (Khulasah al-Tahdhib).

Perlu juga diketahui bahawa anggapan memasuk atau mengeluarkan sesuatu karya daripada gabungan karya utama tidak langsung mencacatkan kehebatan karya tersebut dan pengarangnya. Justeru, al-Nawawi (m.675H) dan Ibn Hajar (m.852H) menganggap Sunan al-Darimi lebih sesuai bersama Usul al-Khamsah bagi mengantikan Sunan Ibn Majah. Ini kerana Sunan al-Darimi dianggap lebih sahih walaupun terdapat hadith-hadith mursal dan mauquf yang sebenarnya ada turuq (jalan sanad) lain yang menguatkannya.

Malah, dalam Sunan al-Darimi terdapat sedikit perawi daif, jarang terdapat hadith munkar dan syaz berbanding dengan Sunan Ibn Majah. Selain itu, Syeikh Abd al-Haq al-Dahlawi menyebutkan Sunan al-Darimi lebih sesuai dimasukkan dalam Kutub al-Sittah kerana sanad hadithnya lebih tinggi serta sanad thulathiyatnya lebih banyak berbanding dengan Sahih al-Bukhari sendiri.
 
Walaupun disusun mengikut bab fiqah hingga dipanggil Sunan al-Darimi, ia juga dikenali sebagai musnad kerana sanad hadith-hadithnya kebiasaannya bersambung kepada Nabi SAW. Ini berbeza dengan perawi Sunan Ibn Majah yang terdapat mereka yang ditohmah sebagai pendusta (hadith munkar). Menurut Azami, Ibn Majah tidak memberi klasifikasi atau komentar terhadap hadith-hadith daif dalam karyanya ini seperti yang dilakukan oleh Abu Dawud dan al-Tirmidhi. Ini menyebabkan perbincangan berlaku di kalangan ulama karya mana yang lebih layak di masukkan dalam Kutub al-Sittah.
 
Sunan al-Darimi dihasilkan oleh Abu Muhammad Abdullah bin Abdul Rahman bin al-Fadhl bin Bahram bin Abdul Samad al-Tamimi al-Darimi al-Samarkandi. Menurut al-Kattani dalam Risalah, al-Darimi adalah nisbah panggilan kepada Bani Darim bin Malik, iaitu satu rumpun besar dari Bani Tamin. Beliau dilahirkan di Samarkand, Uzbekistan pada tahun 181 hijrah, iaitu tahun ulama’ hadith awal Ibn al-Mubarak meninggal dunia. Ketika berumur 74 tahun, beliau dipanggil Ilahi iaitu pada hari Tarwiyah 255 hijrah dan dikebumikan pada hari Arafah yang jatuh pada hari Jumaat.
 
Kehebatan ilmu al-Darimi tergambar dengan watak beliau sebagai guru kepada ramai tokoh-tokoh hadith utama seperti al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmidhi, Abu Zur’ah, Abu Hatim, Abdullah bin Ahmad ibn Hanbal dan sebagainya. Namun, Ibn Hajar menyebutkan dalam Tahzib bahawa al-Bukhari tidak meriwayatkan daripadanya hadith dalam al-Jami’ al-Sahih, namun Muslim meriwayatkan daripadanya 73 hadith.
 
Banyak pujian dan ulasan tentang kewarakan dan keilmuan beliau oleh para ulama’. Cukuplah dengan kalam Khatib al-Baghdadi (m.463H) dalam Tarikhnya, ‘Beliau salah seorang pengembara mencari hadith dan mempunyai kekuatan hafalan dan menghimpunnya secara tertib serta seorang yang siqah, baik, warak dan zuhud” serta kata-kata Muhammad bin Ibrahim al-Syairazi, ‘Beliau memiliki akal yang tajam dan teguh beragama, tiada seorang pun yang serupa pada kecerdikan, ilmu dirayah, hafalan, ibadah dan kezuhudannya, beliau mempopularkan ilmu hadith dan athar di Samarqand serta membanteras para pendusta, seorang ahli tafsir dan fiqh.” (Siyar A’lam al-Nubala’ & Tahzib)
 
Selain Sunan, al-Dhahabi menyebutkan dalam Tadhkirah bahawa al-Darimi juga menghasilkan karya al-Tafsir dan al-Jami’. Al-Suyuthi (m.911H) menyatakan kemungkinan yang masih wujud adalah Sunan dan al-Jami’ sahaja.
 
Kitab Sunan al-Darimi lebih mashyur di kalangan ahli hadith sebagai Musnad. Ada pula di kalangan mereka yang menamakannya sebagai al-Sahih. Namun menurut al-Sayuthi, Musnad al-Darimi bukanlah musnad kerana disusun mengikut bab. Perlu diketahui bahawa maksud kitab musnad adalah karya hadith yang disusun mengikut nama Sahabat, sama ada mengikut abjad, siapa masuk dahulu Islam, kabilah dan sebagainya. Sunan pula bermaksud karya hadith yang disusun mengikut bab-bab feqah seperti bab iman, bersuci, solat dan seterusnya.
 
Justeru, karya beliau ini lebih tepat dipanggil Sunan daripada dipanggil musnad. Walaupun begitu, kadang-kadang istilah musnad juga digunakan kepada karya yang disusun mengikut bab atau huruf dan bukannya mengikut Sahabat sahaja. Ini kerana hadith-hadith tersebut bersanad dan marfu’ kepada Nabi SAW. Menurut al-Iraqi (m.806H), karya beliau mashyur dengan nama musnad kerana sanadnya bersambung hingga kepada Nabi SAW. Ini seperti al-Bukhari yang menamakan karyanya sebagai Al-Jami’ al-Musnad al-Sahih. Walaupun begitu, Sunan al-Darimi juga memuatkan hadith-hadith yang mursal, mu’dhal, munqati’ dan maqtu’.
 
Seperti yang disebutkan di atas selain hadith sahih, Sunan al-Darimi juga memuatkan hadith Syaz dan munkar namun dalam hanyalah sedikit. Begitu juga hadith yang tidak bersambung seperti mursal dan mauquf dalam sunannya mempunyai turuq sanad lain yang menguatkannya.
Sunan al-Darimi telah dicetak dalam beberapa naskah. Penulis tidak pernah bertemu dengan karya syarahnya secara terperinci. Naskah yang ada pada penulis dicetak oleh Dar al-Rayyan li Turath, Kaherah yang ditahqiq dan ditakhrij oleh Fawwaz Ahmad Zamarli dan Khalid al-Sab’i al-‘Alami bertarikh 1407H.

Naskhah ini mempunyai 2 jilid, 23 kitab yang terdiri daripada 3503 hadith dan athar. Sunan al-Darimi dimulakan dengan Muqaddimah yang mengandungi 57 bab terdiri daripada 654 hadith tentang manusia sebelum Islam, sunnah Nabi SAW, keutamaan ilmu dan yang bersangkutan dengannya. Kemudian sistematika penyusunannya mengikut perbahasan fiqh, iaitu sebanyak 23 kitab dimulai dengan Kitab al-Thaharah dan diakhiri dengan Kitab Fadail al-Quran.


Sunan al-Darimi kekal sebagai sebuah karya yang mendapat perhatian pengkaji hadith. Ia kemudiaanya dikategorikan sebagai Kutub al-Tis’ah bersekali dengan Kutub al-Sittah, al-Muwatto’ Malik dan Musnad Ahmad. Karya al-Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Hadith al-Nabawi oleh Arent Jan Wensinck (m.1939M) merupakan salah sebuah karya terkenal yang memuatkan Kutub al-Tis’ah sebagai sumber carian hadith.
 
 
Sumber:
 
Artikel ini berasal dari http://blog.najahudin.com/?p=1241 dengan tajuk; "Sunan al-Darimi pengganti Sunan Ibn Majah dalam Kutub al-Sittah? karya Najahudin Lateh, Shah Alam.

Sunday, November 18, 2012

Mengenali pelbagai karya ulama Borneo

Koleksi Tulisan: ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
 
Ulama Nusantara
 
PULAU Borneo dan Kalimantan yang demikian besar melahirkan ramai ulama yang terkenal. Mereka juga telah menghasilkan karya yang menjadi bahan pengajian, bacaan dan rujukan, baik khusus untuk umat Islam Borneo dan Kalimantan mahu pun umat Islam di Nusantara.
 
Di antara ulama yang berasal dari Borneo/Kalimantan yang paling terkenal ialah Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah (lahir 1122 H/1710 M, wafat 1227 H/1812 M) berasal dari Banjar, Kalimantan Selatan, Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Ghaffar (lahir 1217 H,1802 M, wafat 1289 H,1872 M) berasal dari Sambas, Kalimantan Barat dan Syeikh Utsman bin Abdul Wahhab (lahir pada 1281 H,1864 M, wafat 1339 H,1921 M) berasal dari Sarawak dan lain-lainnya.
 
Dalam artikel ini, penulis hanya akan membicarakan beberapa ulama yang berasal dari Pulau Borneo dan Kalimantan yang belum lagi diperkenalkan. Adapun penulis hanya menyentuh secara ringkas dan digabungkan sekali kerana maklumat yang ditemui sedikit berbanding ulama-ulama yang pernah penulis bicarakan.
 
Mengenai ulama Borneo dan Kalimantan dan karya-karya mereka, ringkasannya adalah seperti berikut:
 
Ulama Banjar dan karya mereka
 
Antara ulama-ulama berasal dari Banjar yang pernah penulis bicarakan adalah Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari yang terkenal dengan penghasilan karya-karya yang banyak. Sheikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari penyusun kitab sufi terkenal iaitu Ad-Durrun Nafis, Syeikh Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari dan Tuan Husein Kedah al-Banjari.
 
Adapun mengenai ulama-ulama Banjar dan pengkaryaan mereka yang selain tersebut adalah:
 
Muhammad Ali bin Hamim Al-Banjari Al-Funtiani.
 
Riwayat hidup Muhammad Ali bin Hamim al-Banjari al-Funtiani belum diketahui. Namun diketahui hasil karyanya berjudul Risalah Mufidah lis Shalah wal ibadah diselesaikan pada hari Jumaat 14 Zulkaedah 1317 H.
 
Kandungannya membicarakan pelbagai aspek mengenai sembahyang dan ibadat yang ada hubungan dengannya. Cetakan huruf batu (litografi) Haji Muhammad Amin, Kampung Melayu, No. 15 Singapura, 14 Muharam 1318 H. Belum dijumpai manuskrip mahu pun edisi cetakan selainnya.

Haji Muhammad Arsyad bin Haji Muhammad Thasin Al-Banjari
 
Keturunan Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari yang menghasilkan karya pula ialah Haji Muhammad Arsyad bin Haji Muhammad Thasin. Beliau ini menjalankan aktiviti di Pontianak. Karya-karya beliau adalah:
 
Tajwidul Quran, diselesaikan hari Isnin, 8 Ramadan 1347 H di Pontianak. Kandungan merupakan pelajaran tajwid untuk pedoman membaca seluruh surah al-Quran. Cetakan yang pertama Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan, Singapura pada 29 Jamadilawal 1348 H/1929 M.
 
Tajwidul Fatihah tanpa dinyatakan tarikh. Kandungan merupakan pelajaran tajwid surah al-Fatihah sahaja. Cetakan yang pertama Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan, Singapura, 1348 H/1929 M.
 
Sabilul Muhtadin Jalan Iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah, tanpa dinyatakan tarikh. Kandungan merupakan pelajaran akidah Ahli Sunah wal Jamaah. Cetakan yang pertama Mathba’ah As-Saiyid Utsman, Kramat, 30 B. Betawi.
 
Sheikh Abdul Ghani Al-Banjari, Rad Agama Banjar Amuntai
 
Ulama di atas belum diketahui adakah termasuk keturunan Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari ataupun bukan. Karya beliau yang telah ditemui hanya sebuah iaitu Risalah Luqthah Hasanah Bagi Hukum Khalifah, diselesaikan pada Rejab 1332 H.
 
Kandungannya soal jawab tentang masalah Jumaat. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 50 Minto Road, Singapura. Diberi kata pujian oleh Abdur Rahman bin Muhammad Arif Halabai al-Banjari, Haji Ja’far Khathib Banjar Halabai dan Haji Abdur Manaf bin Telawang Banjar Halabai.
 
Haji Abdur Qadir bin Ahmad Al-Banjari
 
Tuan Guru Haji Abdul Qadir bin Ahmad al-Banjari adalah ulama yang berasal dari Banjar yang menjalankan aktiviti penyebaran Islamnya di Mempawah Kalimantan Barat. Meninggal dunia dan dikebumikan di Sungai Bakau Kecil, Darat.
 
Karya beliau yang telah ditemui juga hanya sebuah ialah Kifayatul Mubtadi fi ‘Ilmit Tauhid. Diselesaikan hari Isnin, 14 Zulkaedah 1353 H. Kandungan membicarakan tauhid dalam bentuk soal-jawab. Cetakan pertama oleh Mathba’ah al-Nasawi, 14 Ulu Palembang.
 
Haji Abdur Rasyid al-Banjari
 
Di antara kitab Melayu/Arab yang paling popular dan banyak diajarkan orang ialah Kitab Perukunan Sembahyang Besar, tanpa dinyatakan tarikh. Kandungan kitab tersebut merupakan pengetahuan fardu ain yang paling lengkap.
 
Selain itu, dilengkapi juga dengan berbagai-bagai amalan yang menjadikan khabar kegembiraan untuk dunia dan akhirat. Terdapat juga tentang khutbah Jumaat dan khutbah nikah.
 
Tercatat pada semua edisi cetakan, “Diambil daripada karangan Sheikh Muhammad Arsyad Banjar…..” Selain dalam Bahasa Melayu, kitab ini juga terdapat terjemahan dalam bahasa Bugis, Sunda dan Jawa. Dicetak oleh Mathba’ah al-Aminiyah, nombor 12 dan 14, Baghdad Street, Singapura, bertarikh 23 Zulhijjah 1352 H/ 9 Mac 1935 M, dicetak dengan huruf litograf.
 
Terdapat berbagai-bagai edisi cetakan dan masih dicetak serta banyak diajarkan di seluruh dunia Melayu hingga kini. Walaupun karyanya sangat terkenal, namun riwayat hidup penyusunnya masih gagal dikesan.
 
Haji Ahmad bin Haji Abdus Shamad al-Banjari
 
Tokoh ini juga tidak dapat dikesan sejarah hidupnya, hanya dijumpai sebuah karya berjudul Nafaisul Aurad, tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisannya.
 
Kandungan merupakan kumpulan amalan-amalan pilihan yang dipetik dari kitab-kitab yang muktamad sebahagiannya berasal daripada Rasulullah s.a.w. Dicetak oleh Percetakan an-Nashar, Pontianak, Indonesia.
 
Ulama-ulama Pontianak dan karya mereka
 
Apabila kita membicarakan ulama Pontianak maka dapat dibahagi dua. Pertama, ulama yang berasal dari Pontianak atau Kalimantan Barat sendiri dan kedua ulama yang datang dari luar.
 
Disebabkan pendiri Kerajaan Pontianak berasal dari Arab keturunan Rasulullah s.a.w marga ‘Al-Qadri’, maka beberapa ulama yang pernah berpengaruh di Mekah atau tempat lain di tanah Arab pernah tinggal dan mendapat kedudukan tinggi dan terhormat di Kerajaan Pontianak.
 
Di antara mereka;
 
Saiyid Abdullah bin Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi (lahir 1266 H/1850 M, wafat 1343 H/1924 M), sewaktu di Mekah adalah Mufti Mazhab Syafie. Umat Islam Mazhab Syafie seluruh dunia, bahkan golongan mazhab lain pun pada zamannya tahu mengenai ulama besar ini.
 
Setelah beliau berhijrah ke Riau-Lingga, seharusnya mendapat kedudukan tertinggi dalam bidang agama di kerajaan itu, namun Sultan Pontianak tidak membiarkan ulama besar itu tinggal di Riau-Lingga. Seboleh-bolehnya atau dengan apa cara sekalipun Saiyid Abdullah bin Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi mesti diberi tempat yang paling istimewa di Kerajaan Pontianak.
 
Maka Saiyid Abdullah bin Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi tinggal di Pontianak dalam masa beberapa tahun. Dalam satu buku catatan yang dijumpai di Pontianak ada dinyatakan bahawa ayahnya iaitu Saiyid Muhammad Shalih bin Saiyid Abdur Rahman az-Zawawi pada 1295H pernah datang ke Pontianak mengajar beberapa ilmu dan membaiah Tarekat Naqsyabandiyah.
 
Dalam artikel ini penulis dahulukan dengan memperkenalkan ulama dan karya-karya mereka yang berasal dari Pontianak seterusnya diperkenalkan pula ulama-ulama dari luar.

Haji Muhammad Qasim bin Nakhoda Haji Ahmad bin Abdullah (Dato’ Senara)
 
Di antara ulama yang berasal dari Pontianak yang menghasilkan karya ialah Haji Muhammad Qasim. Nama lengkapnya, Haji Muhammad Qasim bin Nakhoda Haji Ahmad bin Abdullah (Dato’ Senara) bin Ali (Dato Bendahara di Kuantan) bin Tuan Kadi Ahmad.
 
Wafat dalam usia lebih dari 100 tahun, hari Rabu, pukul 9.30 pagi, pada Rabiulawal 1341 H, di Kuala Maras, Jemaja, Pulau Tujuh (Kepulauan Riau). Nampaknya hasil karya beliau dalam tahun 1238 H adalah mendahului karangan ulama-ulama Pontianak yang lainnya.
 
Karya yang dimaksudkan ialah berjudul Ushulud Din fi Sabilil I’tiqad, diselesaikan pada 2 Syawal 1238 H. Kandungan membicarakan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Cetakan yang kedua Mathba’ah Al-Ikhwan, Singapura, awal Rabiulawal 1337H.
 
Jika kita perhatikan jarak waktu dari karya di atas diselesaikan (1238 H) hingga beliau wafat 1341H ialah 103 tahun. Sekiranya sewaktu menulis itu beliau berusia 20 tahun, maka ini bererti beliau wafat dalam usia 123 tahun.
 
Paduka Seri Sultan As-Saiyid Utsman Ibni Al-Marhum Paduka Seri Sultan As-Saiyid Asy-Syarif Abdur Rahman Ibni Al-Marhum Al-Habib Husein Al-Qadri
 
Nama yang tersebut di atas adalah seorang Sultan di Kerajaan Pontianak. Baginda menterjemah karya berjudul Tuhfah al-Ikhwan fi Fadhli ar-Rajab wa asy Sya’ban wa ar-Ramadan, diselesaikan pada hari Isnin, 16 Rabiulawal 1244 H.
 
Nama pengarang asal ialah Syeikh Ahmad bin Majjazi al-Qisyti asy-Syafi Yahya. Namun yang dijumpai sekarang adalah merupakan salinan Ali bin Khathib Jailani ibni al-Imam Muhammad bin Abdullah, putera Siak Seri Inderapura.
 
Kandungan pada halaman depan terdapat mohor/cop Sultan Saiyid Utsmani ibni Saiyid Abdur Rahman al-Qadri. Pada halaman akhir tercatat, “Pada hijrah an-Nabi s.a.w. sanah 1244 kepada enam likur hari bulan Rabiulawal, hari Isnin, pukul 10, ketika itu khatam al-kitab Tuhfah al-Ikhwan Paduka Seri Sultan as-Saiyid asy-Syarif Abdur Rahman al-Marhum al-Habib Husein al-Qadri di dalam negeri Pontianak, dalam Kampung Saiyid asy-Syarsyaikh al-Ba’abud adanya. Yang menyurat al-faqir ialah Taala, iaitu Ali bin Khathib Jailani ibni al-Imam Muhammad bin Abdullah al-walad al-bilad Siak Seri Inderapura”.
 
Kandungan dalaman secara keseluruhan mengenai peristiwa hari kiamat dan mengenai akhirat. Manuskrip diperoleh di Kampung Dalam Bugis, Pontianak di persekitaran Istana Qadhariyah/Istana Sultan Pontianak.
 
Saiyid Hasan Bin Saiyid Abdullah Al-Aidrus, Kampung Tengah, Pontianak
 
Tokoh di atas menghasilkan karya berjudul Tanaman Padi, diselesaikan pada 30 Rabiulakhir 1252 H. Kandungan menceritakan asal usul kejadian padi, dan lain-lain.
 
Syarif Ahmad Bin Saiyid Hasan Al-Haddad Pontianak
 
Beliau pula menghasilkan karya berjudul Risalatul Fiqh. Judul sebenar belum diketahui kerana tidak terdapat maklumat, diselesaikan pada 13 Jamadilawal 1290 H.
 
Kandungan membicarakan fikah serta gantungan maknanya dalam bahasa Melayu. Masih dalam bentuk manuskrip yang diperoleh di Pontianak pada 8 Syawal 1422 H/22 Disember 2001 M di persekitaran Keraton Qadhriyah (Istana Kesultanan Pontianak).
 
Haji Muhammad Arif Bin Encik Muhammad Thahir Pontianak
 
Nama lengkapnya ialah Haji Muhammad Arif bin Encik Muhammad Thahir bin Malim Sutan bin Jupa Suara bin Dato’ Bendahara bin Tuan Kadi Ahmad. Ibunya, Zainab binti Abdul Mannan melahirkan tokoh ini di Kampung Tambelan, Pontianak, pada Rabu, pukul 4 petang 29 Rabiulakhir 1279 H. Wafat pada Ahad, pukul 1 tengah hari pada 6 Zulkaedah 1353 H di Kampung Tambelan, Pontianak.

Di antara karya tokoh ini yang telah ditemui adalah:
 
Matnul Ajrumiyah, diselesaikan di Semarang, 29 Muharam 1291 H. Kandungan membicarakan nahwu Arab yang terkenal diberi gantungan makna Melayu pada setiap perkataan Arabnya. Merupakan terjemahan karangan Sheikh Shonhaji. Manuskrip diperoleh manuskrip di Pontianak, Kalimantan Barat bekas dimiliki oleh salah seorang keturunan Kerabat Diraja Kerajaan Pontianak. Tarikh perolehan pada Jumaat, 11 Rabiulawal 1423 H/24 Mei 2002 M.
 
Sebuah buku catatan yang terkandung di dalamnya pertama sekali asal usul datuk neneknya, ialah Dato’ Bendahara. Dilanjutkan dengan peristiwa mulai berdiri Kerajaan Pontianak dan tahun-tahun terjadi peperangan antara Kerajaan Pontianak dengan kerajaan-kerajaan sekitarnya.

Tidak kalah juga pentingnya catatan tahun lahir, wafat dan peristiwa yang terjadi mengenai keluarga besar penulisnya (Haji Muhammad Arif bin Encik Muhammad Thahir). Catatan ini diperlengkap dengan pelbagai amalan untuk kepentingan dunia dan akhirat.
 
Adapun mengenai ulama-ulama yang berasal dari Pontianak ini masih ramai yang perlu diperkenalkan. Sama ada mengenai riwayat hidup mahu pun karya-karya mereka. Antaranya ialah Pangeran as-Saiyid as-Syarif Abdur Rahman bin Saiyid Yusuf al-Qadri iaitu tokoh istana Kerajaan Pontianak, Haji Ismail bin haji Mushthafa Pontianak, Sultan Kerajaan Pontianak iaitu Sultan Syarif Hamid bin Syarif Utsman al-Qadri Pontianak, Sheikh Husein bin Sulaiman al-Jawi al-Funtiani dan ramai lagi.
 
Oleh itu, kesinambungan daripada tersebut akan dibicarakan lagi dalam artikel seterusnya.