Sunday, October 14, 2012

Tafsir al-Aisar


Kitab Tafsir al-Aisar merupakan karya seorang ulama dari Madinah al-Munawwarah, iaitu Syaikh Syaikh Abu Bakar Jabir bin Musa bin Abdul Qadir bin Jabir al-Jazairi. Beliau merupakan seorang ulama kelahiran Algeria (al-Jazair) pada tahun 1342 H/1921 M dan sekarang menetap di Arab Saudi.


Tafsir al-Aisar adalah sebuah kitab tafsir yang mudah difahami sebagaimana nama tafsir ini iaitu 'al-Aisar (termudah)', yang menggabungkan antara erti yang dimaksud dalam firman Allah Taala dengan huraian-huraian bahasa yang mudah, sehingga kalangan awam pun dapat dengan mudah memahaminya. Penyusun tafsir ini, Syaikh Abu Bakr al-Jazairi yang telah menafsirkan al-Quran sesuai pemahaman Salafush Shalih, suatu kitab tafsir yang diharapkan memudahkan kaum muslimin dalam memahami ayat-ayat yang terkandung dalam Al Qur’an

Di antara metode penyusunan kitab tafsir ini, ialah;

  1. Menjelaskan  kalimah demi kalimah secara literal menurut kaedah bahasa 'Arab.
  2. Menafsirkan ayat secara global dengan menghubungkan satu ayat dengan ayat lainnya. 
  3. Penafsiran dikuatkan dengan hadis-hadis dan atsar-atsar (riwayat yang bersandarkan kepada penafsiran para sahabat). Sebahagian besar penjelasan disertakan nota kaki yang baik sebagai rujukan sumber dan penjelasan yang lebih terperinci.
  4. Diakhiri untuk setiap ayat -ayat penafsiran dengan pengajaran-pengajaran dapat diambil dari ayat tersebut.
Di antara keistimewaan kitab tafsir ini :

  1. Berukuran sederhana, tidak terlalu ringkas yang dapat mengurangi pemahaman dan tidak terlalu panjang hingga membosankan.
  2. Mengikuti manhaj Salaf dalam masalah Akidah, Asma’ dan Shifat
  3. Konsisten untuk tidak keluar dari empat madzab dalam masalah-masalah fiqih
  4. Bersih dari tafsir israilliyat, baik yang shahih mapun yang lemah, kecuali yang menjadi tuntunan pemahaman ayat, dan memang diperbolehkan untuk meriwayatkannya.
  5. Mengesampingkan perbezaan-perbezaan pendapat dalam penafsiran
  6. Mengikuti pendapat yang dikuatkan oleh a -Imam al-Mufassir Ibnu Jarir al-Thabari r.h- dalam kitab tafsirnya, jika terdapat perbezaan penafsiran oleh para ulama tafsir.
  7. Menjauhkan tafsir ini dari masalah-masalah tata bahasa, balaghah, dan bentuk-bentuk argumen bahasa.
  8. Tidak menyentuh mengenai bentuk qiraat, kecuali hanya pada ayat-ayat tertentu yang memang diperlukan bagi menjelaskan makna ayat.
  9. Mencukupkan pada hadits shahih dan hasan saja.
  10. Tafsir ini tidak memaparkan banyaknya perbezaan penafsiran, namun berkomitmen dengan makna yang rajih/kuat, yang banyak dipakai oleh para mufassirin dari kalangan Salafush Shalih, dengan tujuan untuk menyatukan muslimin dalam satu pemikiran Islam yang terpadu, benar dan lurus.
  11. Memudahkan muslimin untuk mempelajari dan mengamalkan al-Qur’an dan menjauhkan dari pengamalan yang sekadar wacana dan perdebatan.
Terjemahan Kitab Tafsir al-Aisar;
 
Kitab Tafsir al-Aisar telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dan diterbitkan oleh Darus Sunnah Press dalam 7 jilid.  
 
Dipetik dan diubahsuai dari laman Maktabah Al-Aisar.

2 comments: