Friday, October 26, 2012

al-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran


Kitab al-Tibyan fi Adab  Hamalah al-Quran adalah karya  Imam Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam al-Nawawi (631-676H)  atau yang amat dikenali sebagai Imam  al-Nawawi. Kitab ini  membicarakan perkara-perkara yang sangat penting diketahui oleh setiap orang Islam, iaitu berbagai perkara yang berkaitan dengan adab kita menjalin interaksi dengan kitab suci kita al-Quran al-Karim.

Kitab ini mengandung sembilan bahagian dan sebuah mukadimah yang menjelaskan secara ringkas latar-belakang dan kandungan kitab ini secara keseluruhan.

Berikut adalah kesembilan bahagian yang menjadi inti kitab al-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran;


ü Keutamaan membaca dan mengkaji al-Quran.
ü Kelebihan orang yang membaca al-Quran.
ü Menghormati dan memuliakan golongan al-Quran.
ü Panduan mengajar dan belajar al-Quran.
ü Peraturan Menghafaz al-Quran.
ü Adab dan etika membaca al-Quran.
ü Adab berinteraksi dengan al-Quran.
ü Ayat dan surah yang diutamakan membacanya pada waktu-waktu tertentu.
ü Riwayat penulisan Mushaf al-Quran.

Kitab ini telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu/Indonesia dan diterbitkan oleh berbagai syarikat penerbitan, antaranya;

ü Tatatertib Pengajian Al-Quran, diterjemahkan oleh Syed Ahmad  Semait (Pustaka Nasional, Singapura)

ü Etika Belajar & Mengajar Al-Quran, susunan kembali oleh Ahmad Asri Lubis  ( Yamani )

No comments:

Post a Comment